Najib 'bisik' mahu khidmat Shahrir Samad sepenggal lagi...

Sudah beberapa kali Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyuarakan hasrat untuk bersara pada PRU ke 14 ini.

Namun kini ada permintaan khas daripada iaitu beliau kekal sepenggal lagi.

Perkara itu dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Besar semasa berucap pada Persidangan Perwakikan UMNO Johor Bahru sebentar tadi.

“Saya berharap sangat Tan Sri Shahrir tak berundur...saya tahu ‘peel’ dia, tak boleh desak dia, kita bisik-bisik dan rayu pada dia,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Khaled dalam ucapan beliau turut berharap Shahrir kekal bertanding pada pilihan raya umum nanti.

“Di sini saya tidak teragak-agak untuk menyatakan secara terbuka hasrat kami di Johor kepada Tan Sri, bahawa jika ruang masih terbuka untuk kami menyatakan harapan, kami amat berharap yang Tan Sri akan teruslah mewakili Johor Bahru.

“Kami percaya, Johor Bahru masih memerlukan ikon politiknya yang berwibawa dan disegani,” katanya.

Najib tiba di Hotel Holiday Villa pagi Jumaat bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Seramai 700 perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru hadir pada majlis perasmian itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana