myPPP Perak beri sokongan penuh pada Zambry

myPPP Perak menyifatkan Menteri Besar,  Dr Zambry Abd Kadir seorang pemimpin berwawasan yang banyak berjasa membawa perubahan dan pembangunan untuk faedah rakyat negeri Perak.

Justeru itu Pengerusi myPPP Perak, Ong Chee Keng berpendapat, Perak masih lagi memerlukan khidmat bakti Dr Zambry untuk terus membawa pembangunan dan perubahan sosio ekonomi rakyat.

"myPPP sokong BN sepanjang masa, kita juga memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Dr Zambry selaku Menteri Besar Perak yang dipilih oleh YAB Perdana Menteri.

"Menteri Besar kita sekarang memang banyak berjasa kepada negeri Perak kerana beliau berjaya menarik ramai pelabur datang ke Ipoh.

"Kita lihat banyak perubahan telah berlaku sejak Dr Zambry menjadi Menteri Besar contohnya di Ipoh berlaku kesesakan pada setiap hujung minggu akibat perubahan arus pembangunan berbanding sebelum beliau (Dr Zambry) menjadi menteri besar.

"Satu lagi contoh kejayaan yang dibuat Dr Zambry apabila beliau berjaya memacu industri pelancongan Perak  ke tahap membanggakan apabila membangunkan taman tema animasi pertama di Asia, Movie Animation Park Studios (MAPS) di Meru.’’ Katanya kepada Agendaily pada Jumaat.

Menurut Ong, apa yang membanggakan lebih 5,000 orang pengunjungi hari pertama  pra­pembukaan taman tema itu sekaligus melonjak industri  pelancongan di negeri Perak.

Menyentuh soal peranan myPPP selaku komponen BN, beliau berharap Dr Zambry selaku pengerusi BN Perak dapat  memberi ruang dan peluang kepada myPPP terutama dalam mengisi jawatan-jawatan dalam kerajaan.

Beliau memberikan contoh jawatan dalam lembaga pelawat hospital dimana tiada seorangpun wakil daripada myPPP dilantik memegang jawatan.

Menurut Ong, myPPP walaupun tidak mempunyai apa-apa kerusi di Perak namun masih terus aktif mengadakan program masyarakat setiap hari melalui cawangan-cawangannya seperti di Ipoh Timur, Buntong dan Teluk Intan.

"myPPP Perak berharap akan dapat memberikan sokongan jitu kepada Menteri Besar untuk penggal yang akan datang untuk sama-sama membangunkan negeri Perak,’’ katanya.

Mengenai PRU ke-14, myPPP Perak sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya dan memberikan sokongan padu kepada calon daripada mana-mana komponen parti BN yang dipilih untuk bertanding nanti.

"Kita menyerahkan kepada pucuk pucuk pimpinan BN untuk menentukan kerusi bagi calon myPPP pada PRU ke14 di Perak nanti dan lebih penting adalah untuk memberi focus bekerja keras bagi memenangkan BN,’’ katanya.

Sementara itu Pengerusi myPPP DUN B untong Zon 2, V. Chandran Perumal turut berpendapat, Dr Zambry perlu terus kekal menjadi Menteri Besar untuk menerajui kepimpinan pentadbiran negeri Perak selepas PRU ke-14 nanti.

Katanya, ini kerana masyarakat India di Perak masih memerlukan khidmat baktinya yang telah terbukti banyak membantu menyelesaikan permasalahan kaum itu termasuk peruntukan kepada kuil-kuil dan sekolah-sekolah di bandar dan luar bandar.

"Apa yang istimewa tenrtang Dr Zambry ini…beliau merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat yang sentiasa mendekati rakyat tanpa mengira kaum melalui program-program rakyat seperti program pemukiman di daerah-daerah,’’ katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana