Mustahil PH tubuh suruhanjaya siasat Tun M jika menang PRU14

SHAH ALAM: Seorang penganalisis politik menjangkakan mustahil bagi Pakatan Harapan (PH) untuk bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Keamanan dan Keadilan bagi mengadili segala tuduhan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun selepas mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Azmi Hassan berkata, apa yang disarankan oleh Otai Reformasi itu dan kononnya telah dipersetujui oleh Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah sekadar permainan politik dan mahu meredakan keadaan penyokong mereka yang menentang kehadiran Dr Mahathir.

"Mungkin tidak akan berlaku, mustahil akan berlaku.

"Bagi saya apa yang disarankan oleh Otai Reformasi dan dipersetujui oleh presiden PH ataupun presiden PKR itu sendiri adalah hanya permainan politik.

"Kenapa Datuk Seri Dr Wan Azizah mengatakan menerima cadangan itu adalah untuk menenangkan suara-suara tentangan kemasukan Dr. Mahathir, itu sahaja dan itu adalah permainan politik," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Antarapos.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai keinginan kumpulan aktivis reformis itu yang menuntut PH menubuhkan satu badan bagi mengadili segala tuduhan ke atas Dr Mahathir dalam manifesto PRU14 mereka.

Wan Azizah kemudiannya dikatakan bersetuju untuk menubuhkan suruhanjaya tersebut bagi menyiasat tuduhan terhadap Dr Mahathir sepanjang beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Namun katanya, ia hanya dapat dilakukan selepas PH berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) pada PRU kali ini.

Katanya, persetujuan Wan Azizah itu hanyalah satu lagi selingan janji manis yang dibuat beliau bagi memastikan aktivis yang juga penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tenang menerima kehadiran Dr Mahathir.

"Macam mana mereka nak menilai setiap tindak-tanduk lampau pengerusi mereka, jadi itu nampak tidak logik, tidak serasi walaupun dalam keadaan senario politik ekstrem sekalipun perkara ini sukar untuk dilakukan.

"Sebab itu kalau kita lihat sekarang PH masih sebagai PH lagi, belum berpecah kerana mereka saling janji-menjanji dan samada janji itu dapat ditunaikan, itu adalah satu perkara yang mereka tidak mahu fikirkan, jadi bagi saya itu adalah hanya untuk menenangkan suara-suara yang menentang kehadiran Tun Dr Mahathir," ujarnya.

Terdahulu, Otai Reformasi 1998 menolak kepimpinan Dr Mahathir dalam PH atau sebagai menteri dan penasihat kerajaan jika gabungan pembangkang itu memenangi PRU14.

Kini, ahli Otai Reformasi yang mempunyai jawatan dalam mana-mana parti komponen PH perlu melepaskan jawatan disandang mereka dalam gerakan itu.

Beberapa ahli kumpulan aktivis itu kemudiannya telah meletakkan jawatan bagi menunjukkan ketidakpuasan-hati mereka terhadap kehadiran Dr Mahathir ke dalam PH.

Antaranya, Saari Sungib yang melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Otai Reformasi 1998 dan Abdul Razak Ismail yang turut meletakkan jawatannya sebagai setiausaha kumpulan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana