Musa Hitam bersuara... cadang RCI Memali dibuat lepas PRU14

Orang yang dituduh terlibat dan memberi arahan sehingga terhadinya tragedi berdarah Memali, Tun Musa Hitam mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kejadian tersebut diadakan selepas Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata ia bagi mengelakkan disalahgunakan untuk kepentingan politik dan memancing undi oleh mana-mana pihak.

"Kepada saya tiada masalah asalkan penubuhannya adalah dengan niat betul untuk mencari fakta dan kebenaran tanpa sebarang prejudis serta penubuhannya didasarkan kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.

"Perkara yang perlu diteliti ialah mengenai kesesuaian masa penubuhan dan prosiding yang dijalankan supaya objektif penubuhannya bukan untuk memenuhi agenda politik sempit jangka pendek hingga mengorbankan kebenaran dan tergelincir daripada matlamat mahu mencari kebenaran secara hakiki.

"Demi mengelak peristiwa Memali disalahgunakan untuk kepentingan politik dan memancing undi, adalah lebih bijak dan lebih menepati tujuan, penubuhan prosiding Suruhanjaya ini ditangguhkan sehingga selesai PRU ke-14," katanya dalam kenyataan.

Peristiwa pertempuran antara penyokong PAS dengan pihak keselamatan di Kampung Memali, Kedah, itu mengakibatkan 18 orang terbunuh, termasuk empat anggota polis.

Isu Memali timbul semula selepas Tun Mahathir Mohamad dikatakan gagal menjawab soalan berkaitan kejadian itu pada satu forum sehingga menimbulkan kekecohan, baru-baru ini.

Berikutan itu, PAS kemudian menggesa kerajaan memohon maaf dan menubuhkan RCI kerana mendakwa Kertas Putih berkaitan tragedi itu yang dikeluarkan di Parlimen didakwa tidak memberi gambaran sebenar.

Mengulas lanjut, Musa berkata suasana politik negara yang tenang dan tenteram akan dapat menghindarkan serta mengelakkan daripada berlakunya apa juga niat serong mana-mana pihak untuk memperalatkan dan melakukan eksploitasi politik terhadap tragedi berkenaan.

Katanya, beliau tidak nampak rasional dan kebijaksanaan untuk menubuhkan RCI itu secara terburu-buru pada masa ini memandangkan isu itu telah berlaku hampir 32 tahun lalu selain daripada penyediaan Kertas Putih yang diedarkan di Parlimen dan tidak ada sebarang tindakan untuk mencari kebenaran dilakukan.

"Sebaliknya, dengan menangguhkan penubuhan dan prosiding RCI untuk beberapa bulan lagi, akan meletakkan kredibiliti yang lebih tinggi kepada suruhanjaya berkenaan yang akan kelihatan lebih bebas daripada suasana panas dalam musim politik yang begitu bergelora menjelang PRU ke-14.

"Saya yakin semua pihak yang benar-benar serius dan jujur serta mahu mengetahui latar belakang dan kejadian sebenar peristiwa Memali akan bersetuju untuk RCI ini ditangguhkan sehingga selesainya PRU ke-14.

"Saya sendiri sangat insaf bahawa peristiwa Memali adalah satu titik hitam dalam sejarah negara kita. Oleh demikian, usaha siasatan atau carian maklumat hendaklah dilaksanakan dalam keadaan tenang lagi berfokus tanpa prejudis dan pilih kasih," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, penubuhan suruhanjaya itu juga mampu memberi harapan baharu kepada keluarga mangsa untuk mendapatkan keadilan.

Menurutnya, sejak sekian lama, PAS mendesak penubuhannya, bagaimanapun kerajaan pada masa itu tidak menerima, sebaliknya membentangkan kertas putih yang kandungan jawapannya dilihat cukup meragukan.

“Kenyataan kerajaan pada masa itu mendakwa mereka (mangsa Memali) dibunuh kerana menderhaka. Kita hendak tahu, derhaka dari segi apa yang dilakukan itu sehingga dibunuh.

“Kita hendak tahu cerita sebenar isu ini dan penubuhan RCI diharap akan dapat membantu merungkai segala persoalan selain memberi keadilan kepada keluarga mangsa,” katanya.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kerajaan sedia menubuhkan RCI bagi menyiasat tragedi berdarah Memali pada 19 November 1985 di Baling, Kedah, jika ada permintaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana