MUKHRIZ SEMAKIN ‘TENGGELAM” DI SIDANG DUN KEDAH

SIDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang berlangsung selama lima hari minggu lepas tidak lagi sehebat sidang DUN pertama dan kedua selepas Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengambil alih teraju pentadbiran negeri daripada Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 4 Februari 2016.

Tidak banyak ‘kekecohan’ atau pertikaman lidah semasa sesi soal jawab, perbahasan mahupun semasa penggulungan seperti sidang DUN terdahulu.

Suara Mukhriz seakan-akan ‘tenggelam’ dengan jawapan yang kemas oleh Exco dan Menteri Besar, sekaligus mematikan isu-isu yang cuba disensasikan sama ada oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam itu mahupun anggota pembangkang yang lain.

Semua soalan sensasi yang juga mengheret ADUN- ADUN lain berdebat berjaya dipintas dengan jawapan mantap oleh pihak kerajaan.

Malah pada sidang kali ini, Mukhriz pula seperti terperangkap dengan soalan yang dibangkitkannya sendiri ketika mencelah semasa anggota exco memberikan jawapan mahupun semasa penggulungan.

Mengambil contoh pertanyaan beliau tentang projek naik taraf Terminal Jeti Kuala Kedah di mana projek bernilai RM208 juta itu telahpun mendapat peruntukkan dan ia diumum oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri LiowTiong Lai semasa melawat jeti itu Mac lepas.

Malah projek naik taraf itu jeti yang lengkap dengan parking bertingkat telahpun diumum oleh Menteri Besar pada lawatan beliau di Kuala Kedah.

Mukhriz juga cuba menarik perhatian rakyat marhain kononnya projek itu masih sepi ketika Exco Pengangkutan, Datuk Tajul Urus Mat Zain memaklumkan kerajaan menerima peruntukkan Persekutuan yang cepat berjumlah RM89 juta untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Bekas Menteri Besar itu munkgkin ‘teruja’ kerana peruntukan pembesaran terminal lapangan terbang itu diperolehi agak cepat dan hanya dimaklumkan secara tidak rasmi semasa perjumpaan Ahmad Bashah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langkawi.

Peruntukan menaik taraf lapangan terbang Langawi itu juga tidak direncanakan dalam RMK-11.

Semasa Exco Pertanian Datuk Suraya Yaakob mengulung perbahasan, Mukhriz cuba mempersoalkan hasrat Kedah mempertahankan tanah sawah di kawasan Mada dan luar Mada sebagai kawasan tanaman padi.

Mukhriz melihat Kedah perlu menukar sektor pertanian kepada sektor industri perkilangan atas alasan kerajaan pusat tidak perlu perlu lagi menyalurkan subsidi kepada petani selain tidak mahu Kedah ketinggalan dalam sektor perkilangan seperti negeri lain.

Bagaimana pun Suraya menjelaskan, sektor perkilangan juga ada masalahnya. Menurutnya sukar untuk menukar pemikiran petani supaya menyerahkan tanah yang mereka miliki bagi pembangunan perindustrian yang bukan berkaitan pertanian.

‘Walaupun kita ada pilihan, kita perlu terima hakikat sawah dan petani tidak boleh dipishakan biar miskin mana sekalipun pesawah kita, ” katanya.

.Apa yang perlu dilakukan, menurut Suraya ialah mengemaskan sektor industri tanaman padi kepada teknologi baru di samping menarik penglibatan anak-anak muda bagi mengekalkan Kedah sebagai pembekal utama beras negara.

Peruntukan RM1 bilion untuk meningkatkan taraf hidup lebih 100,000 petani Mada dan luar perairan itu serta pembinaan Skim Pemindahan Air Jeniang adalah antara usaha untuk memajukan lagi sektor tanaman padi.

Di sektor pelaburan dan perkilangan, Exconya, Datuk Ku Abdul Rahman Ku Abdul Rahman pula menegaskan Kedah akan terus meningkatkan pelaburan dan jumlah mereka yang menanam modal telah meningkat.

Kawasan industri teknologi di Kulim akan diperluaskan, kata Ku Abdul Rahman.

“Kedah memerlukan projek besar untuk melonjakkan ekonomi negeri dan lebih banyak kilang akan di bawa ke luar bandar supaya rakyat mendapat manfaat,” kata Ku Abdul Rahman yang menjelaskan sektor perkhidmatan di negeri ini adalah penyumbang tertinggi kepada KDNK.

Projek Bandar Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam (RM5 bilion) umpamanya adalah sebahagian Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) yang bakal mengubah lanskap ekonomi di kawasan utara negeri. Projek itu termasuk Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP), pembinaan kilang tayar di pintu sempadan.

Projek lain seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Rubber City dan pembukaan semula kawasan Empangan Pedu dan Lembah Bujang yang bersejarah sebagai kawasan pelancongan baharu diteruskan.

Ahmad Bashah pula ketika menggulung perbahasan memberitahu Kedah akan kekal sebagai negeri pertanian tetapi dalam masa yang sama tetap memberi tumpuan utama kepada sektor perkilangan dan pelancongan.

Di sebalik sindiran dan kata sinis Mukhriz, Menteri Besar menyifatkan Kedah bukan negeri yang terlalu istimewa mendapat layanan kerajaan Persekutuan sebaliknya perancangan yang teratur dan hubungan baik antara pemimpin negeri dengan pemimpin Pusat di Putra Jaya, telah membuahkan hasil yang cukup baik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana