MUHYIDDIN BERMIMPI DIPILIH JADI MB JOHOR

Muhyiddin Yassin dilantik Pengerusi Pakatan Johor dan dijangka kekal bertanding di Parlimen Pagoh. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga dikatakan akan bertanding kerusi DUN dan mungkin menjadi calon Menteri Besar Johor jika Pakatan menang pada PRU14.



Muhyiddin pernah menjadi MB Johor selama 10 tahun antara 1986-1995.



Hubungan dia dengan Sultan Johor tidak baik malah pernah ditegur oleh Sultan Ibrahim secara terbuka kerana bersikap sombong dan angkuh semasa menjadi MB dahulu.



Jika Muhyiddin menang DUN, agak mustahil  Sultan Johor perkenan untuk melantik dia menjadi MB sekali lagi.



Muhyiddin juga dikaitkan dengan skandal seks bersama isteri bekas hakim sehingga pasangan itu bercerai. Muhyiddin hanya menafikan tetapi bukti- bukti jelas menunjukkan penglibatan dia dalam skandal itu.



Rakyat Johor cukup matang untuk menolak calon MB yang terpalit dengan skandal apatah lagi skandal seks yang sukar diterima orang Malaysia.



Sebagai kubu kuat dan tempat lahirnya UMNO, rakyat Johor juga menolak bekas pemimpin UMNO yang mengkhianati parti kerana gila kuasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana