MENILAI KRITIKAN TERHADAP ECRL YANG BERNILAI RM 55 BILION

Hari ini berlegar satu tulisan mendakwa pembinaan ECRL bernilai RM55 bilion sebagai sesuatu yang tidak ekonomik. Menurut Penulis tanpa nama tersebut berdasarkan statistik penggunaan ETS sekarang, kerajaan perlu kenakan caj RM 2777 untuk setiap penumpang.

1. Tulisan tersebut walaupun nampak cerdik sebenarnya sangat bangang. Jika ia benar-benar cerdik tentu beliau letak nama.

2. Membuat kiraan kos pembinaan pengangkutan awam berdasarkan pulangan hasil jualan tiket adalah kiraan tidak bertanggung jawab. Membina pengangkutan awam adalah tanggungjawab sosial dan ekonomi kerajaan.

3. Jika pendapatan ECRL tidak mencukupi untuk bayar loan, kerajaan kena tampung sebab ini pengangkutan awam

4. Mana boleh kiraan bayar hutang lagi 10 tahun ambil jumlah penumpang hari ini. Kita buat projek masa depan ikut anggaran penggunaan masa depan.

5. Apa yang penulis tersebut tidak faham ECRL selain pengangkutan awam, adalah pengangkutan kargo antara pelabuhan ke pelabuhan dan pantai timur.

6. Selain itu ECRL akan jana pembangunan ekonomi baru di sepanjang lebih 22 stesen yang dibina akan mewujudkan bandar-bandar baru.

7. Dalam anggaran konservatif setiap bandar ini akan mewujudkan nilai ekonomi RM 10 juta sebulan. Justeru ada nilai ekonomi sekitar RM 220 juta sebulan dan RM 2.2 Bilion setahun. Dalam masa 20 tahun ECRL akan mewujudkan nilai ekonomi sekitar RM 220 bilion.

8. Jadi penjanaan ekonomi setempat sahaja sudah lebih besar dari kos pembinaan. Ini belum termasuk jualan tiket, perkhidmatab kargo dan periklanan.

9. Kalau setakat pandai matematik tidak usahlah buat komentar hal pembangunan negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana