Mengintai Azmin... setelah Pakatan Harapan tutup pintu rundingan dengan PAS...Azmin Sudah Takut Hilang Kuasa Lah Tu

Gerak langkah Datuk Seri Azmin Ali kini menjadi perhatian ramai setelah pimpinan Pakatan Harapan Isnin malam buat keputusan tegas menolak usahanya untuk 'mengurat' PAS bagi menjalin kerjasama politik di Selangor pada pilihanraya umum ke 14.

Apakah beliau akan berkeras lawan tauke atau tunduk menyepi merintih kecewa.

Kalangan pemerhati yang masak dengan sepak terajang politik dalaman PKR di Selangor cukup faham apa yang tersirat dan tersurat disebalik langkah Azmin.

Dari congak...ramai yang merasakan tanpa dokongan PAS Azmin mungkin terpaksa ucap selamat tinggal kepada jawatan Menteri Besar Selangor.

Jadi tidak menghairankan 'kartel Azmin' hendak bergayut pada PAS dan melawan arus sentimen rakan-rakan komponen lain dalam Pakatan Harapan yang tidak mahu apa-apa kaitan dengan parti itu.

DAP dan Parti Amanah (PAN) memang tidak boleh pandang sebelah mata pun pada PAS setelah bercerai dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) rakan baru Pakatan dikatakan tidak begitu berminat. Dalam pada itu kalangan PKR juga terbahagi dua dalam isu ini.

'Kartel Azmin' merujuk kepada kumpulan penyokong Timbalan Presiden PKR itu di dalam dan luar parti.

Kumpulan ini cukup kuat, berpengaruh dan selalu berselindung di sebalik 'restu' Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Petang Rabu, Biro Politik PKR akan bermesyuarat untuk menentukan apakah parti itu mahu berunding kerusi dengan PAS.

Kartel Azmin menyokong kuat idea rundingan pembahagian kerusi dengan PAS, kerana bagi mereka tanpa PAS....PAN dan PPBM tidak akan mampu untuk menarik sokongan orang Melayu.

Selain itu kedudukan geografi politik kerusi Parlimen Gombak dan Bukit Antarabangsa dimana Azmin jadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri berada dalam kubu kuat PAS.

Jika PAS letak calon mereka di kedua-dua kerusi itu, Azmin sudah pasti akan kembong kempis senak perut.

Di satu pihak, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli memang mengharapkan PKR dan PAS tidak berbaik semula.

Situasi tersebut akan melemahkan 'kartel Azmin' yang kebanyakkannya bertanding di kawasan PAS.

Ikut cakap orang dalam...bagi penentang Azmin dalam PKR, ada risiko besar bagu mereka jika beliau berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU14.

Azmin dikatakan sudah set untuk bertanding Presiden PKR dan tiada sesiapa termasuk Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mampu melawannya.

Sebab itu, Rafizi dikatakan galak berterusan 'menembak' Azmin.

Ahli Parlimen Pandan itu menulis kenyataan panjang di blognya meminta diadakan Kongres Khas PKR bertujuan memutuskan sama ada perlu atau tidak berunding dengan PAS.

Rafizi pada masa sama turut mengakui wujud dua kumpulan dalam PKR iaitu penyokong (kartel) Azmin dan bukan penyokong Azmin.

"Ketika ini wujud dua kumpulan saling bertentangan dalam parti itu dan masing-masing membawa pendapat berbeza mengenai cara bagaimana PAS perlu ditangani,"tulis Rafizi.

Rafizi menyenaraikan penyokong Azmin dalam parti yang mahu berunding dengan PAS adalah Tian Chua, Shamsul Iskandar Md Akin, Xavier Jeyakumar dan Dr Shaharuddin Badaruddin.

Pemimpin lain termasuk Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, anggota Biro Politik PKR R Sivarasa, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Fahmi Fadzil (Pengarah Komunikasi).

Manakala yang menentang idea tersebut ialah Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution, Nik Nazmi Nik Ahmad (Ketua Pemuda), Datin Tan Yew Kew (Bendahari), Syed Ibrahim Syed Noh (Ketua Penerangan), Datuk Johari Abdul (Ketua Whip PKR) dan William Leong.

Idea Rafizi untuk mengadakan Kongres Khas PKR itu itu disokong oleh sekumpulan pemimpin akar umbi PKR yang mahukan isu kerjasama dengan PAS sehingga menimbulkan situasi tegang dalam kalangan pemimpin parti diselesaikan segera.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua AMK, Afif Bahardin yang merupakan penyokong kuat 'kartel Azmin' tidak senang dengan idea Rafizi mahu mengadakan Kongres Khas PKR itu.

"Tiada kewajaran untuk kongres khas itu diadakan kerana kesemua keputusan berhubung rundingan bersama PAS yang dibuat merupakan keputusan Biro Politik yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bukan keputusan individu.

Beliau turut membidas Rafizi dengan mendakwa Ahli Parlimen Pandan itu mungkin tidak menyedari perkara berkenaan kerana sudah lama tidak menghadiri mesyuarat Biro Politik Keadilan.

Afif menegaskan, Rafizi sewajarnya mencadangkan kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution supaya segera mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang kali terakhir berlangsung pada Mac lalu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Latheefa Koya turut melemparkan kemarahan beliau terhadap Rafizi melalui posting di facebooknya.

“Sila lihat apa yang dibuat oleh barah ini sekarang. Dia sedang memaksa parti pecah dua. Dia tak hadir mesyuarat. Tetapi dia berani hanya bagi kata dua melalui media. Ini namanya tindakan bacul," kata beliau.

Apapun masa depan Azmin sedang dipertaruhkan sekarang ini, beliau dan penyokongnya perlu memastikan PKR berani membuat keputusan melanggar arahan Pakatan Harapan supaya tiada rundingan dengan PAS.

Inilah detik penentuan dalam politik Azmin, jika beliau berjaya memujuk PKR menjalinkan kerjasama dengan PAS dan PAS bersetuju, sah memang jawatan nombor satu parti itu mampu dijangkau nanti.

Jika tidak, selepas PRU 14 ini, walaupun andai kata Pakatan tetap menang di Selangor, Azmin jangan mimpi nak jadi Menteri Besar lagi.

Pertama beliau mungkin kalah di DUN yang ditandinginya Bukit Antarabangsa dan kedua jika menang beliau mungkin tidak mendapat cukup sokongan ADUN membolehkannya menjadi Menteri Besar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana