MENGAPA ANDA SOKONG NAJIB SEDANGKAN DULU ANDA ADMIN SSTDMM?

Semalam saya ada jumpa sorang ex admin SSTDMM, dia dikatakan "bebas" means dia tak sokong Tun dan Najib, dia bertanya kat saya:

"Mengapa anda sokong Najib sedangkan kamu dulu admin lama SSTDMM dan mempunyai pengetahuan banyak tentang Tun Mahathir?"

Saya menjawab:

Ya, saya memang tahu pasal Tun Mahathir namun hanya dari buku dan komik yang menceritakan sejarah Tun secara "mata kasar" dan kajian sejarahwan. Tetapi apabila kita membaca disebalik tabir, rupanya lebih banyak kesalahannya berbanding kebaikannya. Malah masalah UMNO diharamkan dan dipecah dua pada zaman Tun, peristiwa Memali yang saya sampai sekarang mempersoalkan juga pada zaman Tun, Ops Lalang 1987 mengakibatkan ramai pembangkang dipenjara ISA tanpa bicara, pengurangan kuasa YDPA juga pada zaman Tun.

Bagi saya, jika lihat perspektif lebih besar, ia adalah perkara biasa untuk pemimpin untuk kekal berkuasa. Namun jika kita tengok dari perspektif sebagai rakyat biasa, hasil yang Tun lakukan sebenarnya merugikan rakyat juga. Akibat kekacauan politim dan kekacauan parti pemerintah menyebabkan institusi negara goyah dan kucar kacir. Akibatnya rakyat tersepit dalam situasi tersebut. Masa saya Admin SSTDMM dulu, saya mengakui saya tahu tentang kesalahan Tun namun tidak sebanyak macam sekarang.

Kedua, kerana zaman Tun sudah berlalu. Jika kita fikir secara umum, kita sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati pemerintah seperti mana kita menghormati Tun semasa beliau menjawat PM. Ya, tujuan asal page SSTDMM untuk memberi informasi kepada rakyat kini tentang jasa Tun M semasa beliau menjadi PM Malaysia. Namun lama kelamaan page tersebut menjadi terlalu obses kat Tun sehingga sanggup membelakangkan keamanan dan institusi negara disebabkan idola mereka menentang DS Najib. Dari situ sebenarnya saya mempersoalkan diri saya, "Betul ke apa aku perjuangkan ni?" Kerana niat saya masa tu nak jadi admin ialah niat saya untuk mengekalkan keamanan,hak keistimewaan Melayu dan pemimpin Melayu kekal memerintah negara kita. Saya menentang pembangkang melalui page itu dan sebagai Admin, niat saya nak mempertahankan negara dari fitnah pembangkang.

Namun, terdapat masalah dengan SSTDMM disebabkan itulah ramai admin yang hebat seperti HE, AFDS, NA, ER, ZC, SS(me), AR, sam semua kena kick dan ada juga berhenti. Saya berhenti politik dan membuka page ilmu yang tiada kena mengena dengan politik namun saya masih mengikuti politik untuk melihat isu menarik yang diceritakan oleh Cytro. Then suatu hari saya dapat tahu, page SSTDMM secara tiba-tiba (selepas admin lama keluar sstdmm) menjadi media memberi peluru pembangkang. Saya terkejut dan hairan kerana ketua admin pernah bagitahu bahawa page ini selain memberikan info tentang Tun, ia juga menjadi medium mempertahankan kerajaan dari pembangkang. Sekarang dah jadi lain. Sekarang mereka support pembangkang dan menentang habis-habisan DS Najib hanya kerana beliau tidak mendengar saranan Tun.

Lebih menyedihkan dan menyakitkan hati, apabila Tun keluar UMNO dan membuka Parti baru dan dia bersekongkol dengan pembangkang khususnya DAP yang selama ni beliau sendiri menyatakan bahawa DAP adalah musuh Melayu dan jangan bersekongkol dengan DAP dan sekarang, look what he done. Masa tu saya rasa dikhianati dan 100% persoalkan kredibiliti beliau, mengapa dia lakukan sedemikian? Adakah hujah dan pidato Anwar Ibrahim pada tahun 1998 kegawatan ekonomi itu yang menyatakan bahawa Tun mempunyai kroni dan mengkayakan mereka dan anak-anaknya sahaja? Bermula dari situ saya tawar hati untuk menyokong Tun dan saya terus menyokong DS Najib yang sebenarnya memajukan dan memberi kemudahan kepada rakyat.

Kesimpulannya, selama saya berpolitik niat saya hanyalah nak menjadikan negara kita diperintah oleh orang Melayu Islam dan saya menentang pembangkang kerana mereka nak memberikan hak kebebasan kepimpinan negara sedangkan ini Negara Melayu yang menjadi Tuan Tanah di negara ini namun dengan pengkhianatan Idola saya membuatkan saya menentangnya dan mula percaya bahawa Tun bukan pejuang Melayu, tetapi hanya perjuangkan Kroni dan anak-anaknya sahaja.

Sahabat saya yang Ex Admin hanya menangguk setuju. Dia juga keluar SSTDMM kerana mempersoalkan kenapa Tun bersekongkol Dengan orang yang pernah dia ISA kan, orang yang menjadi pencetus 13 Mei dan orang yang sememangnya nak jatuhkan institusi kerajaan Melayu Malaysia. Sahabat saya ni juga dibuang. Jadi secara kesimpulannya, jika niat anda mempertahankan negara bukan kerana mencintai atau memuja jasa individu itu, nescaya anda boleh fikir secara waras bahawa memperjuangkan negara sebab apa yang idolanya lakukan tidak membawa apa-apa kemenangan dan hasil, ia akan merugikan kita juga

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana