MEMALI 1985 : MAHATHIR KIAN TERSEPIT, PAN SOKONG TUBUH RCI

Kedudukan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad kian tersepit apabila salah satu parti kompenen PH, PAN menyambut baik dan menyokong penuh hasrat kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas Peristiwa Memali.

Ini kerana menurut Pakar Strategik PAN Khalid Abdul Samad, parti itu akan akur dengan keputusan yang bakal diputuskan oleh Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) terhadap Peristiwa Memali, meskipun Dr Mahathir didapati bersalah sebagai dalang menyebabkan 14 orang awam dan 4 orang pihak berkuasa terkorban dalam tragedi berdarah itu.

“Walau apa pun keputusan yang bakal RCI putuskan nanti, sama ada Dr Mahathir bersalah atau tidak, perjuangan untuk menumbangkan kerajaan BN dan UMNO tetap diteruskan.

“Matlamat dan tujuan utama kita tidak akan lari dan tetap diteruskan menjatuhkan BN dan UMNO,” jelas Khalid kepada media di ibu pejabat PAN, di Kuala Lumpur, pada Rabu.

Sidang media itu diadakan selepas parti itu selesai bermesyuarat dan turut dihadiri para pemimpin tertinggi parti tersebut.

Terdahulu, PAN dalam sidang media itu menegaskan untuk turut senada dengan bekas parti mereka iaitu PAS, menyokong kerajaan menubuhkan RCI terhadap tragedi berdarah itu walaupun telah 32 tahun ia berlaku.

Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub berkata, parti itu menyifatkan ia satu tindakan positif dalam memperkasakan amalan demokrasi dan menegakkan keluhuran undang-undang.

“Kita tidak mempersoalkan penubuhan RCI untuk peristiwa Memali ini, malah kita menyambut baik supaya segala fakta sebenar peristiwa hitam itu dapat merungkaikan kekeliruan rakyat selama ini,” tegas Salahuddin.

Menurutnya lagi, penubuhan RCI berkenaan dapat merungkaikan dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor kononnya punca tragedi berdarah itu adalah disebabkan oleh ‘Amanat Hadi’.

“Seperti mana yang diumumkan dalam Kertas Putih Peristiwa Memali oleh Rahim Noor, RCI pasti dapat mempertimbangkannya secara adil.

“Di samping itu, tindakan pihak polis yang dikatakan bertindak melangkau batas undang-undang juga memerlukan siasatan dan penelitian lanjut oleh RCI,” katanya.

Bagaimanapun, Salahuddin menegaskan, RCI bukan sahaja perlu ditubuhkan terhadap tragedi berdarah di Kampung Memali, Baling pada tahun 1985 itu, tetapi perlu diperluaskan kepada isu-isu lain yang mempunyai kepentingan umum seperti isu 1MDB dan Felda.

“Kita sokong RCI untuk Peristiwa Memali walaupun sebenarnya sudah lebih 30 tahun berlalu. Tetapi RCI juga perlu ditubuhkan untuk isu-isu terkini seperti 1MDB dan Felda yang mendapat perhatian umum rakyat.

“PAN juga menegaskan supaya kewujudan RCI ini tidak digunakan sebagai senjata untuk mensasarkan pemimpin pembangkang bagi memenuhi hasrat politik pihak tertentu,” jelas Salahuddin lagi.

Dalam sidang media tersebut, Presiden PAN Mohamad Sabu telah ditanya tentang kewujudan dan isu yang berkaitan dengan Tabung Memali ketika beliau bersama PAS.

“Memang tabung tersebut telah diwujudkan oleh PAS Kedah.

“Jadi segala hal yang berkaitan dengan Tabung Memali itu, perlu dirujuk kepada PAS Kedah,” jelas Mat Sabu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana