‘MELAYU BERSAMA ISLAM SELAMAT, MELAYU TANPA ISLAM TAK SELAMAT,’ KATA HADI

PAS tetap berpendirian bahawa pemimpin Bumiputera Melayu yang beragama Islam hendaklah dilantik menjadi pemimpin negara.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, ia mengambil kira kepada kedudukan kaum Melayu yang mendahului dan mendominasi sesebuah kaum di negara ini.

Selain berpegang kepada konsep dominan kaum dalam kepimpinan negara iaitu ketua negara Islam mengalami perubahan mengikut dominan kaum yang menganut Islam, ujar beliau.

“Dalam politik Malaysia, hendaklah diambil kira Bumiputera Melayu beragama Islam yang menjadi kaum dominan, dilantik sebagai tonggak kepimpinan negara.

“Dengan peneguhan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Negara dan Raja Berperlembagaan yang terdiri daripada penganut Islam Melayu,” katanya.

Menurutnya, konsep itu juga meliputi jawatan dalam kehakiman, pentadbiran, keselamatan dan pertahanan kerana “kehebatan dan keunggulannya” pada rakyat sangat penting.

“Kehebatannya hilang sekiranya berada di tangan kalangan kaum yang tidak dominan,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik Harakahdaily.

Namun, Hadi berkata kaum lain “tidak sepatutnya khuatir” dengan situasi itu kerana ada jaminan keadilan dalam Islam dan Perlembagaan Negara.

“Apa yang dibimbangkan hari ini adalah keberanian melulu di kalangan parti politik dan individu.

“Menunjukkan sikap mencabar kedudukan Islam, Raja dan hak istimewa yang boleh mencetuskan ketegangan yang merosakkan hubungan yang telah terjalin dengan baik,” katanya.

Hadi juga menyeru rakyat tidak menyokong “orang Islam yang bebal beraliran bebas setelah kehilangan jati diri Islam dan kebangsaannya” yang mempertikai konsep itu, pada pilihan raya umum ke-14.

“PAS menegaskan bahawa Melayu Islam yang wajib diperkasakan politiknya bersama Islam, adalah teras kepada negara Malaysia bermasyarakat majmuk dan menjadi tonggak kepimpinan negara.

“(Ini) kerana Melayu adalah dominan dan Islam itu adil terhadap semua dengan kewajipan berakidah Islam.

“Jika Melayu bersama Islam semuanya selamat, Melayu tanpa Islam semuanya tidak selamat,” kata wakil rakyat Marang itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana