‘MANA HATI BUDI DAN BELAS EHSAN KERAJAAN NEGERI’ – PENDUDUK

Penduduk Kampung Lombong menyifatkan Kerajaan PKR Selangor yang dipimpin Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai zalim apabila bertindak merobohkan kediaman dan rumah kedai mereka tanpa mempedulikan rayuan dibuat oleh penduduk.

Lebih memilukan ketika kerja-kerja meroboh dilakukan ada penduduk yang tidak sempat menyelamatkan barangan ke­perluan harian seperti perabot dan perkakas elektrik kerana rayuan untuk membawa keluar bara­ngan itu tidak dipedulikan Pejabat Tanah Daerah Klang.

Seorang penduduk yang juga peniaga, Mohd. Nasirruddin Jaa­far, 21, berkata, dia hanya sempat menyelamatkan sebahagian barang jualan dan kelengkapan peri­badi sahaja, manakala selebihnya habis dimusnahkan me­nyebabkan kerugian ribuan ringgit.

“Benar kediaman dan rumah kedai ini dibina atas tanah rizab jalan tetapi di mana hati budi serta belas ihsan kerajaan negeri? Kami ini hanya kerja kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mengapa dianiaya orang miskin seperti kami sebegini?

“Mana sifat perikemanusiaan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar sehingga habis semua perkakas rumah, peralatan sekolah anak-anak rosak dan ber-taburan atas jalan raya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Pada Khamis lalu, Pejabat Tanah Daerah Klang yang dipercayai mendapat kebenaran daripada Kerajaan PKR Selangor telah bertindak merobohkan semua kediaman dan rumah kedai penduduk di Kampung Lombong menyebabkan seramai 45 keluarga hilang tempat berteduh.

Turut menyatakan kekecewaan serupa ke atas Kerajaan PKR Selangor ialah peniaga restoran, Faizal Zakaria, 34, apabila dia menyifatkan tindakan itu tidak ubah sepertimana kekejaman Israel ke atas penduduk Pa­lestin hanya kerana mereka mempunyai kuasa.

“Kami penduduk di sini sedih kerana pihak Kerajaan PKR Selangor yang mendabik dada kononnya memperjuangkan berkebajikan rakyat ini langsung tidak boleh bertolak-ansur dan tiada sebarang budi bicara, sedangkan ini melibatkan soal kesejahte­raan dan keselamatan penduduk.

“Lihatlah anak-anak kecil dan golongan wanita yang terpaksa tinggal berhimpit-himpit di bangunan yang masih belum siap ini (tempat berteduh sementara). Kami rasa macam orang Palestin yang ditindas Israel,”katanya.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja, Mohamad Khusyairi Abdul Aziz yang turun menemui penduduk berkata, tindakan Kerajaan PKR Selangor yang langsung enggan berunding atau mendengar ra­yuan membuktikan kepe-mimpinan Mohamed Azmin cakap tidak serupa bikin.

“Walaupun tanah yang dirobohkan ini tanah rezab jalan dan notis merah pengosongan dikeluarkan pada bulan Ramadan lalu, namun Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda dan Ahli Parlimen Kota Raja sepatutnya bertemu penduduk untuk berbincang.

“Malangnya semua rumah kedai terlibat musnah kerana tiada sikap tolak ansur dari kerajaan negeri dan ketua keluarga hilang mata pencarian hingga ada yang merempat entah ke mana, kalau ini bukan tindakan kejam apa lagi yang boleh kita katakan,” ujarnya. – UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana