Malaysia pupus rasuah walau sezarah sekiranya PH menerajui Putrajaya kata Syed Saddiq

Pemuda Pakatan Harapan berjanji menjadikan Malaysia negara bebas rasuah dalam masa hanya 10 tahun, jika parti campuran diberi mandat mentadbir kerajaan.

Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata mereka merancang perkara ini dengan memperkasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kebebasan dan kuasa untuk mendakwa, antaranya.

“Kita akan membentuk jawatankuasa berautonomi khas yang bebas daripada campur tangan.

“Jawatankuasa ini mestilah dibentuk di bawah peruntukan khas Perlembagaan Persekutuan, dan merekalah yang akan melantik dan membuang ketua pesuruhjaya SPRM.

“Mereka akan lapor terus ke Dewan Rakyat,” kata Syed pada sidang media hari ini, semasa mendedahkan strategi memerangi rasuah.

Selain pembentukan jawatankuasa, Syed Saddiq menyenaraikan 7 strategi lain akan memberi kesan kepada pesara kerajaan dan ahli politik.

SPRM akan diberi kuasa selanjutnya pesara yang didapati hidup lebih daripada kemampuan mereka semasa masih dalam tempoh servis, atau selepas persaraan.

Syed Saddiq bagaimanapun, mengambil kira sesetengah pihak mungkin mempersoalkan apakah kerajaan PH akan melaksanakan strategi ini kerana pengerusinya sendiri Dr Mahathir pernah disoal tentang kekayaan beliau dan anak-anaknya.

“Sesetengah pihak akan mengatakan PPBM khususnya akan menghadapi tentangan paling hebat dalam melaksanakan perkara ini kerana adanya bekas ahli Umno yang agak kaya menyertai parti ini (PPBM).

“Tetapi Dr Mahathir dan Mukhriz (Mahathir), mereka sendiri biasa melawat SPRM untuk menunjukkan mereka mempunyai sumber pendapatan yang sah.

“Dan jika kita berkuasa, tetapi 80% strategi ini tidak diluluskan, saya akan menjadi orang pertama letak jawatan.”

Satu lagi agenda dalam perancangan memerangi rasuah PH adalah memperluas takrif rasuah termasuklah hadiah bukan dalam bentuk duit. Menurut Syed Saddiq, perkara ini akan menyaksikan pengakhiran amalan kerajaan memberi buah tangan pilihan raya.

Dia juga berjanji menjadikan media bebas daripada kawalan politik agar peranan estet ke-4 dalam memastikan pentadbiran baik tidak akan terancam

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana