Malaysia negara ke 29 paling aman di dunia....Alhamdulilah

Makin bertambah baik kedudukan Malaysia dalam Indeks Keamanan Global (GPI) dunia, selepas membaiki kedudukan tahun ini.

Malaysia menduduki tempat ke-29 tahun ini berbanding tangga ke-30 tahun lepas daripada 163 negara yang disenaraikan GPI.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata pencapaian itu dilihat mampu memberikan imej baik kepada negara walaupun memperbaiki hanya satu anak tangga dalam kaji selidik terbitan Institute of Economics and Peace (IEP), yang bertujuan mengukur keamanan di peringkat global.

"Ini menunjukkan ekonomi negara masih berada dalam keadaan baik sehingga kurangnya berlaku kes-kes jenayah mahupun keganasan yang boleh menjejaskan keamanan dan kedamaian dalam kalangan masyarakat," katanya.

Kurup berkata kestabilan negara juga disumbang oleh sikap masyarakat majmuknya yang amat cintakan kedamaian dan berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan sebarang kekacauan.

"Masyarakat kita lebih suka hidup dalam suasana harmoni, saling hormat menghormati dan bersama membangunkan ekonomi negara," katanya.

Sempena sambutan bulan kemerdekaan itu, beliau berharap rakyat terus mengamalkan kehidupan harmoni itu di samping mengibarkan bendera Malaysia sebagai lambang taat setia kepada negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana