Majoriti Ahli PAS Mahukan Nothing To Hide 3.0 Berkaitan Isu Memali Diadakan

Sehingga hari ini, isu berkaitan tragedi Memali masih hangat diperkatakan. Semuanya gara-gara insiden membaling kerusi semasa majlis Nothing to Hide yang diadakan di Shah Alam, Ahad lepas yang menyaksikan berlakunya kekecohan akibat soalan mengenai Memali. Ianya kelihatan seperti ada usaha pihak-pihak tertentu menyorokkan sesuatu mengenai insiden berdarah berkenaan.

Semalam, ada beberapa pihak menyuarakan permintaan kepada PAS untuk menganjurkan majlis Nothing to Hide 3.0 yang hanya menyentuh mengenai insiden Memali. Agak mengejutkan apabila kebanyakan ahli PAS menyuarakan sokongan mereka terhadap penganjuran berkenaan di mana Tun Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu, perlu menjawab sejujur-jujurnya mengenai insiden berkenaan.

Ketika melakukan tinjauan terhadap beberapa orang penyokong PAS, kesemuanya amat berharap PAS mengambil satu inisiatif untuk mengadakan majlis ini, khusus untuk membela nasib mangsa yang terkorban atau yang tercedera dalam insiden serbuan berkenaan.

Salah seorang penyokong PAS yang hanya mahu dikenali sebagai Asri memberitahu, adalah satu tindakan yang amat wajar buat PAS mengadakan majlis seumpama ini supaya segala rahsia yang tersimpan kemas oleh Mahathir dapat diketahui oleh semua rakyat Malaysia khususnya buat waris mangsa Memali.

Bagi Ismail Baharuddin pula, selain daripada penganjuran Nothing to Hide 3.0 yang akan memanggil Mahathir sebagai ahli panelnya, dia juga mahu Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu hadir sama kedalam majlis berkenaan. Ini kerana, menurutnya, seluruh Malaysia mengetahui bahawa dia telah melancarkan satu tabung khusus untuk waris mangsa Memali yang sehingga hari ini tidak diketahui kewujudan tabung berkenan.

Dia juga menyatakan bahawa, cukuplah mempergunakan nama waris Memali untuk mengaut keuntungan diri kerana apa yang penting sekarang ini, fakta sebenar berhubung kejadian berkenaan didedahkan kepada umum untuk dinilai sendiri oleh rakyat Malaysia.

Melihat kepada reaksi yang diberikan oleh beberapa orang ahli PAS yang ditemui ini menampakkan, isu membabitkan Memali ini memang tidak akan dilupakan oleh mereka buat selama-lamanya. Ianya seumpama satu kisah dan hikayat yang wajib diperturunkan kepada waris keturunan masing-masing supaya kekejaman yang dipamerkan oleh Mahathir dalam insiden 1985 itu akan dikenang buat selama-lamanya.

Kini terserahlah kepada pihak PAS samada mereka benar-benar serius mahu membongkarkan insiden Memali berkenaan ataupun sebaliknya. Di pihak akar umbi, majoriti mereka memang sudah bersetuju untuk melihat dan mendengar sendiri pengakuan Mahathir berhubung isu ini. Hanya tinggal pucuk pimpinan sahaja untuk menentukan samada mereka mahu ataupun tidak mendedahkan isu ini kepada umum.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana