MAHKAMAH LONDON TOLAK PEMBOHONGAN CLARE BROWN KONONNYA MAHKAMAH & PERDANA MENTERI MALAYSIA AMAL RASUAH

Clare Rewcastle Brown adalah editor blog propaganda pembangkang, Sarawak Report.

Clare beroperasi dari ruang makan rumahnya dan tiada bilik berita.

Disaman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana satu tulisannya memfitnah.

Clare memfitnah Abdul Hadi mendakwa Presiden Pas menerima RM90 juta dari Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Clare beri alasan tidak masuk akal bagi elak membayar deposit kepada mahkamah
Mahkamah London tolak alasan Clare kononnya badan kehakiman dan Perdana Menteri Malaysia amal rasuah.

Mahkamah di London menolak alasan tidak berasas editor Sarawak Report yang beroperasi dari ruang bilik makannya, Clare Rewcastle Brown yang menuduh badan kehakiman dan Perdana Menteri Malaysia mengamalkan rasuah.

Alasan tanpa bukti itu dikemukakan Clare bagi mengelak dari membayar sejumlah deposit berikutan saman difailkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mahkamah di London membuat keputusan itu dalam pengurusan kes saman difailkan Abdul Hadi pada 2 Ogos lalu.

Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan berkata pasukan peguam dari firma Carter-Ruck dan Barrister Jacob Dean yang mewakili Abdul Hadi dalam saman fitnah terhadap Clare telah menghadiri prosiding bagi pengurusan kes saman itu.
“Saman sivil itu adalah berkaitan dengan artikel yang ditulis oleh Clare pada Ogos 2016, yang memberi gambaran tuduhan dan difahami dengan jelas adalah satu fitnah, melalui tuduhan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi menerima rasuah dari Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib dengan nilaiannya RM 90 juta,” katanya.

Beliau berkata pendengaran pengurusan kes pada hari berkenaan adalah untuk menentukan usaha Clare dalam memaksa Abdul Hadi mendeposit sejumlah wang di mahkamah sebagai jaminan keselamatan, sekiranya Abdul Hadi kalah dalam kes berkenaan dan terpaksa membayar kos guaman Clare, di mana Clare menjangkanya dalam lingkungan jumlah keseluruhan £800,000 pound (hampir RM4.5 juta) sehingga kes selesai.

“Panel peguam Datuk Seri Abdul Hadi berjaya berhujah, dengan dibantu oleh pandangan pakar undang-undang dari Malaysia, bahawa sebenarnya wujud undang-undang yang jelas yang tidak menghalang Clare menuntut kos menerusi mahkamah Malaysia sekiranya dia menang kes saman ini dan jumlahnya tidak melebihi RM80,000 sahaja.

Malah, di atas keyakinan dari awal terhadap kes ini, menurut Dr Ahmad Samsuri, Abdul Hadi turut mengemukakan deposit keselamatan berjumlah RM80,000 dan mahkamah turut menerima tawaran itu.

“Clare berhujah bahawa dia akan gagal membawa kes saman terhadap Abdul Hadi di Malaysia kerana menuduh badan kehakiman, kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri mengamalkan rasuah dan bersekongkol dengan Abdul Hadi.

“Hujah itu ditolak oleh mahkamah di London kerana ia tidak disokong bukti biarpun Clare mempunyai masa berbulan-bulan untuk berbuat demikian.

“Mahkamah juga tidak menerima hujahan Clare tanpa membawa bukti, bahawa sebuah negara luar berdaulat yang mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan United Kingdom telah mengamalkan rasuah,” katanya.

SUMBER

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana