MAHATHIR TERDIAM TIDAK MAMPU JAWAB SOALAN

RAMAI sudah menduga program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam kelmarin akan menjadi kecoh. Ini kerana Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir mempunyai ramai musuh dan bukan sikit yang menyimpan dendam sepanjang tempoh 22 tahun pemerintahnya.

Suasana panas bermua apabila Mahathir dilihat terkedu apabila ditanyakan soalan mengenai kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mengalihkan topik mengenai insiden Memali sehingga mencetuskan kekecohan dalam dewan tersebut.

“Pada 19 November 1985 ada satu tragedi dipanggil tragedi Memali. Ramai yang tak tahu pada tarikh itu, pihak polis telah menyerbu Kampung Memali, Baling, Kedah untuk menangkap seorang individu bernama Ibrahim Abu ataupun Ustaz Ibrahim Libya.

“Dan pada ketika itu, empat orang anggota polis telah terbunuh dan 14 orang kampung juga terbunuh. Soalan saya, Tun katakan mereka ini penjenayah, saya nak tanya Tun, penjenayah bagaimanakah mereka sedangkan mereka cuma ada buluh dan parang sahaja.

“Tolong jelaskan ‘tang’ mana penjenayah tu. Mereka ini rakyat Malaysia, Tun. Mereka orang Melayu, orang Islam. Bukan orang kafir, bukan orang Yahudi,” kata pemuda berkenaan.

“Empat orang polis dibunuh, dengan tangankah?” tanya Dr Mahathir kembali kepada pemuda berkenaan.

“Dengan serangan apa pun dia (polis) dibunuh. Apabila mereka (polis) dibunuh, balasan (kepada penduduk Memali) adalah dengan cara merekalah. Itu adalah SOP (Prosedur Operasi Standard) polis,” ujar Dr Mahathir dan pada ketika itu beberapa kasut ‘berterbangan’ menuju ke arahnya.

Banyak lagi soalan panas dalam itu Mahathir jawab sambil lewa. Sebenarnya matlamat utama Mahathir hanya untuk memburukkan Datuk Sri Najib Tun Razak semata-mata. Sebab itu soalan-soalan yang menyentuh kelemahannya beliau tidak bersungguh untuk menjawab, jawab sambil lewa sahaja.

Kebimbangan Polis mengenai isu keselamatan dalam program Nothing To Hide 1.0 di PWTC dulu, terbukti memang berasas dengan kejadian hari ini. Pada Program Nothing to Hide yang pertama, Mahathir dan pengikut-pengikutnya telah membuat kecoh dengan mengambil alih pentas walaupun program berkenaan telah dibatalkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar demi menjaga ketenteraman awam.

Apa pun, tahniah kepada pihak polis yang bertanggungjawab menjaga keselamatan Mahathir. Tindakan pantas 2 anggota polis yang bertindak sebagai pengawal peribadi, melindungi Mahathir dari objek-objek yang dilontar orang tak berpuas hati dibawah sebaik kekecohan bermula, memang terpuji.

Kerajaan dan pihak polis ternyata mengambil berat keselamatan Mahathir walaupun kini dia adalah Top Dog pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana