Mahathir Sanggup Jumpa Hindraf P Waythamoorthy

RAKYAT Malaysia tahu bahawa Pakatan Harapan sebenarnya diketuai oleh DAP. Tun Dr Mahathir yang menyandang jawatan Pengerusi pakatan hanya berperanan sebagai boneka atau Ali Baba semata-mata. Bos besar pakatan adalah DAP. Arahan datangnya dari DAP.

Kita juga tahu bahawa Pilihan Raya Umum ke 14(PRU14) merupakan talian hayat terakhir Mahathir bagi memastikan kepentingan keluarga beliau terpelihara sebelum beliau mennggalkan dunia ini. Pada usia Mahathir mencecah lebih daripada 90 tahun ini maka masa kini benar-benar suntuk untuk merealisasikan agenda peribadi beliau.

Pada penghujung usia, Mahathir terpaksa memerah keringat dan berhempas pulas menjalankan arahan DAP bagi memastikan kesinambungan legasi kekayaan keluarga dapat dipelihara.

Beliau dilihat sudah tidak menghiraukan maruah dan harga diri lagi apabila sanggup berjumpa pemimpin Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) P Waythamoorthy untuk membincangkan kemungkinan mengadakan kerjasama dengan pembangkang.

Pertemuan kedua-dua mereka itu dikatakan berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini. Beliau menggunakan alasan kononnya menyedari komuniti India tidak diwakilkan dengan baik dalam pakatan maka beliau sanggup mengadap P Waythamoorthy untuk mendapatkan sokongan daripada Hindraf.

Bagi Mahathir Hindraf mewakili orang biasa India, bukan kalangan peguam atau doktor. Mereka kebanyakannya bekerja di ladang-ladang.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dilihat cukup gembira apabila Mahathir seolah-olah melutut kepada Hindraf. Mungkinkah ianya mampu memberi kepuasan kepada anak sulung Anwar Ibrahim ini melihat Mahathir yang dahulunya angkuh , bongkak dan sombong terpaksa tunduk kepada parti seperti Hindraf?

Malah Nurul Izzah menggalakkan lagi Mahathir berbuat demikian dengan berkata

Ini perkembangan baik, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu bertemu seramai mungkin seperti dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kita mahu memusatkan usaha kita melawan kezaliman, tetapi harus berteraskan keikhlasan kerana kita tak mampu nak beri itu dan ini.

Pergerakan Hindraf bermula dengan protes komuniti India di Kuala Lumpur pada 2007 apabila puluhan ribu orang turun ke jalan raya kerana membantah perobohan kuil Hindu.

Kemudian pemimpin utama Hindraf termasuk P Uthayakumar ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mereka hanya dibebaskan pada 2009. Ketika itu Waythamoorthy hidup dalam buangan di United Kingdom dan terbabit dalam saman ke atas kerajaan UK atas keadaan masyarakat India di Malaysia. Semua perkara tersebut berlaku ketika Mahathir berkuasa.

Kemudian berlaku perbezaan pendapat mengenai haluan Hindraf antara Uthayakumar dan Waythamoorthy. Beliau kemudian kembali ke Malaysia pada 2012 dan mendaftar secara rasmi pergerakan itu sebagai PHM.

Menjelang PRU13 Waythamoorthy menandatangani memorandum persefahaman dengan Perdana Menteri Dartuk Seri Najib Razak. Selepas kerajaan menyokong pelan tindakan PHM, Wayhtamoorthy menyatakan sokongannya kepada BN.

Selepas PRU Wayhtamoorthy kemudian dilantik menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi dia akhirnya meletak jawatan pada 2014.

Parti Hindraf ini dilihat tidak mempunyai prinsip kesetiaan. Selagi mereka dapat meraih keuntungan maka mereka akan sanggup beralih prinsip. Mungkin Mahathir tahu bahawa Hindraf ini juga seperti beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana