Mahathir lupa ke tulisannya dalam buku 'Dilema Melayu'...?Orang Macam Ini Mahu Diangkat Pemimpin...Berbelit Belit Cakap

Satu lagi pusingan u (u turn) Tun Mahathir Mohamad disifatkan hanya untuk meraih sokongan bukan Melayu dalam pilihanraya umum akan datang.

Kenyataan beliau yang tidak mempercayai 'Ketuanan Melayu' adalah strategi untuk meraih sokongan tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata bekas Perdana Menteri itu seolah-olah lupa selama menyertai UMNO, itu adalah prinsip perjuangannya sehingga beliau juga menghasilkan buku 'Dilema Melayu'.

"Takkan selepas berkawan dengan DAP tidak perlu 'Ketuanan Melayu'. Nak keluar dari Ultra Melayu, nak jadi liberal dan terima semua konsep.

"Tun nak terima 'Malaysian Malaysia' yang dibawa (Ketua Parlimen DAP) Lim Kit Siang? Kalau Tun terima, bermakna Tun terima kesamarataan kaum dalam negara. Jadi tak perlu hak Bumiputera dan keistimewaan orang Melayu.

"Tidakkah Tun terfikir kenyataan itu merugikan bangsa sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Klang di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir yang tidak percaya dengan konsep 'Ketuanan Melayu', sebaliknya beranggapan bahawa seseorang mahu menjadi 'tuan' perlu bekerja keras dan bersaing dengan dunia semasa.

Mahdzir berkata, setiap bangsa perlu bangga dengan identiti sendiri tetapi dalam masa sama perlu menghormati kaum lain dalam negaranya.

"Kaum Melayu hormati bangsa dan agama lain tetapi kita mendominasinya sebab majoritinya Melayu. Jadi sudah tentu kita hendak mendominasinya tetapi tanpa meninggalkan kaum lain dalam negara ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana