MAHATHIR DIPERALAT DAP, HINA MELAYU

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad jelas menjadi alat kepada DAP apabila secara terang-terangan menghina Me­layu menerusi temu bual bersama sebuah portal berita berbahasa Inggeris, semalam.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Datuk Azwanddin Hamzah (gambar) berkata, perbuatan Dr. Mahathir itu menunjukkan perjuangannya dalam Pakatan Harapan semakin hilang hala tuju.

Malah, katanya, kalangan Me­layu di negara ini juga sudah pun menyedari mengenai penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tersebut.

“Nampak sangat dia sudah diperalat DAP dan melakukan penipuan. Dr. Mahathir sebenar­nya lupa dengan apa yang dicakapkan oleh­nya,” kata Azwanddin kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas ke­nyataan Dr. Mahathir yang dikatakan menghina Melayu dalam satu temu bual bersama portal bahasa Inggeris, semalam.

Dalam temu bual tersebut, Dr. Mahathir mengakui bahawa Me­layu yang telah menggunakan dirinya sepanjang 22 tahun berkhid­mat sebagai Perdana Menteri sebaliknya mempersoalkan sama ada terdapat perkara-perkara buruk yang pernah dilakukannya jika beliau menggunakan UMNO.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Ahmad Yaacob berkata, Dr. Mahathir tidak wajar meng­ungkit mengenai ja­­sa­nya kepada orang Melayu sepanjang menjadi Perdana Menteri sebaliknya hal itu merupakan tanggungjawab dirinya kepada rakyat.

Malah, katanya, sememangnya tugas sebagai Perdana Menteri adalah memberi khidmat kepada rakyat dan tugas itu bukan sesuatu yang perlu diungkit atau dipertikaikan di kemudian hari.

“Dr. Mahathir tidak perlu mengungkit dan mendabik dada dengan jasa yang pernah diberikannya kepada orang Melayu. Tugas yang dipikulnya itu bukan satu yang memalukan sebaliknya memberi khidmat kepada masyarakat,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana