Mahathir Dalam Proses Menghalalkan Tindak Tanduknya Demi Politik....Inikah Yang dibanggakan Oleh Macainya?

Sewaktu menjadi Perdana Menteri, apa sahaj tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, memang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa sahaja, samada mereka yang mengangotai kabinetnya mahupun dikalangan ahli-ahli UMNO. Maka, apabila dia memecat Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun wujud ketegangan di dalam UMNO, semua pihak akur pada keputusannya.

Sebut sahaja, apa jua jenis kata nista yang dilemparkan kepada Anwar seperti perkataan homoseksual, melakukan onani dan sebagainya, semuanya dilemparkan Mahathir demi memastikan tindakannya itu tidak lagi dipertikaikan oleh ahli-ahli UMNO mahupun rakyat Malaysia secara amnya.

Namun, setelah 18 tahun menyumpah seranah kepada Anwar, secara tiba-tiba semuanya berubah dengan sekelip mata. Anwar yang diumpat, dikeji dengan kata-kata nista serta dilabelkan sebagai ejen Yahudi di Malaysia, secara tiba-tiba dipeluk dan dipuji Mahathir. Malah, Mahathir juga pernah mengakui bahawa hanya Anwar yang layak dilantik oleh Pakatan Harapan sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi PRU ke 14 nanti.

Lebih hebat lagi, Mahathir juga cuba menyembunyikan segala kesalahan Anwar sewaktu dia dipecat dari jawatan dan keahlian UMNO semasa majlis Nothing to Hide 2.0, Ahad lalu. Ianya seolah-olah dia cuba menghalalkan apa jua tindak tanduknya termasuk memecat Anwar hanya untuk menjaga kepentingan politik dan kuasa yang ada pada dirinya.

Anwar yang dahulunya dilabel sebagai musuh rakyat Malaysia, kini dijulang sebagai pejuang sejati oleh Mahathir. Tidak cukup dengan itu, DAP yang dilabelkan Mahathir sebagai parti penghancur bangsa Melayu juga kini sedang giat diperjuangkan Mahathir demi kemaruk kuasa politik. Hebat sungguh permainan politik Mahathir.

Dia juga tanpa segan silu mengajak orang ramai untuk bangkit menentang kerajaan, suatu tindakan yang amat diharamkan olehnya semasa mentadbir negara. Hanya masa sahaja yang menentukan samada Mahathir akhirnya mengakui bahawa bekas Ketua Parti Kominis Malaya (PKM) Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan seperti yang pernah disebut oleh Presiden PAN, Mohamad Sabu satu ketika dahulu.

Andai ini dilakukan Mahathir, maka lengkaplah sudah pengkhianatannya terhadap kaum Melayu di Malaysia hari ini. Jika dahulu dia sering melaungkan bahawa Melayu mudah lupa, hari ini, istilah yang paling tepat adalah Mahathir yang mudah lupa samada lupa daratan mahupun lupa pada diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana