Lima penuntut kena tindakan tatatertib, gagal saman universiti...Padan Muka Ikut Sangat Kata PEmbangkang...Kau Tu Student

KUALA LUMPUR: Lima penuntut gagal dalam tuntutan saman dikemukakan mereka terhadap pihak universiti selepas dikenakan tindakan tatatertib kerana menyertai perhimpunan haram tahun lalu.

Hakim S. Nantha Balan menolak saman difailkan empat penuntut Universiti Malaya (UM) dan seorang penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bertindak selaku plaintif, selepas mendapati ia tidak mempunyai sebarang merit.

Plaintif adalah empat penuntut UM, Anis Syafiqah Md Yusof, 24; Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, 23; Muhammad Luqman Hakim Mohd Fazli, 22; Suhail Wan Azahar, 22 dan seorang penuntut UKM, Asheeq Ali Sethi Alivi, 22.

Nantha Balan dalam penghakimannya berkata, beliau tidak dapat melihat bagaimana boleh dikatakan Seksyen 15(3)(b) Akta Universiti dan Kolej Universiti (Akta 1971) (AUKU) serta Kaedah 3 dan 13 Kaedah-Kaedah UM dan UKM (Tatatertib pelajar) bercanggah Perkara 10(1)(a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan.

Nanta Balan berkata, tafsiran universiti bahawa perlakuan penuntut menganjur dan menyertai perhimpunan tanpa kebenaran pemilik serta premis, memasuki secara salah harta dimiliki orang lain dan disoal siasat atau ditahan polis kerana melakukan perkara bertentangan dengan peranan seorang pelajar sebagai mencemarkan nama baik universiti, tidak menjadikan prosiding tatatertib sebagai bertentangan Perlembagaan.

“Apa yang utama, persoalan di sini ialah sama ada penuntut universiti awam tertakluk untuk mematuhi AUKU dan peraturan universiti. Saya tidak ragu lagi bahawa mereka tertakluk kepada akta dan peraturan itu.

“Ketika menjadi penuntut, mereka bersetuju mematuhi peraturan. Di sini, mereka menegaskan tidak melakukan sebarang tindakan melanggar undang-undang. Oleh itu, mereka perlu membela diri dengan sewajarnya ketika prosiding tatatertib,” katanya.

Mahkamah bagaimanapun tidak membuat sebarang perintah berhubung kos.

Semua plaintif diberi surat tunjuk sebab dan perlu menjelaskan mengapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan tatatertib dalam tempoh 14 hari selepas menyertai perhimpunan haram pada 1 Ogos 2016.

Anis Syafiqah, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Fakluti Bahasa dan Linguistik; Mohamad Luqman Nul Haqim ; Muhammad Luqman Hakim dan Suhail masing-masing penuntut ijazah sarjana muda Akademi Pengajian Islam menjawab surat tunjuk sebab pada 24 Oktober 2016 sebelum dituduh mengikut Peraturan 3 dan 13 Kaedah-Kaedah UM serta UKM.

Mereka hadir di hadapan panel tatatertib pada 30 November 2016 dan didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar UM 9 Disember lalu.

Keempat-empat mereka  didenda RM400, manakala Asheeq didenda RM200 selain digantung satu semester.

Plaintif kemudian memfailkan saman pemula pada 16 Januari lalu dengan menuntut perisytiharan Seksyen 15(3)(b), AUKU atau Peraturan 3 dan 13 Kaedah-kaedah UM dan UKM (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999, bercanggah Perkara 10(1)(a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana