Lim Kit Siang tidak mampu kalahkan Najib bersendirian - Salleh

Penasihat DAP Lim Kit Siang tidak mampu bersendirian untuk mengalahkan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan oleh itu, dia memerlukan bekas pemimpin UMNO untuk mengajarnya, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata apa yang paling ditakuti oleh Lim ialah Najib terbukti seorang pakar strategi yang lebih baik dan dapat membaca semua langkah politiknya.

Beliau berkata Lim sekarang sedar bahawa Najib secara bijak telah bertindak terlebih dahulu dan mematahkan semua langkah.

"Kit Siang yang berada dalam keadaan panik, bukan Najib kerana tembelang sebenarnya telah terdedah dan dilucutkan untuk semua orang mengetahuinya," kata Salleh dalam blog terbaharu beliau bertajuk 'Lim Kit Siang dalam keadaan panik, bukan Najib ' Ahad.

Beliau berkata penipuan Lim semakin jelas sekarang.

"(Ia) adalah sangat jelas bahawa dia memberitahu khalayak umum bahawa Pakatan Harapan diketuai oleh DAP sedangkan pada khalayak umum yang lain, dia memberitahu Pribumi (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan PKR memimpin Pakatan Harapan.

Salleh berkata Lim berpendapat bahawa percaturan Ali Baba boleh digunapakai dalam politik kerana ia telah dilaksanakan dalam perniagaan.

"Dan di sinilah Kit Siang memperkecilkan orang Melayu kerana mereka akhirnya akan menolak Pakatan Ali Baba walaupun jika dia meletakkan semua bekas pemimpin UMNO di muka hadapan sebagai wajah Melayu Pakatan Harapan," kata Salleh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana