LIM KIT SIANG BERNIAT JAHAT, KATA PAS

Pas menyelar Penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana mengaitkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai punca berlakunya tragedi Memali, 32 tahun lalu.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, dakwaan Kit Siang tidak lebih daripada mainan politik dan berniat jahat bagi memburuk-burukkan Pas.

“Jika kita kata tragedi 13 Mei 1969 disebabkan perbuatan DAP yang fanatik dan bersikap perkauman, adakah dia (Kit Siang) setuju?

“Kalau dia nak main politik, tidak payah lah.. sepatutnya tunggu sahaja hasil laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja, tidak perlu lempar tuduhan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Semalam, Kit Siang dilaporkan menggesa Abdul Hadi menjelaskan hubung kait amanat politiknya dengan peristiwa Memali pada 18 November 1985 yang mengorbankan 14 nyawa. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana