Laporan Polis Berhubung Beg Persenda PM...Sepatutnya PH Yang buat laporan POLIS...Kenapa Tidak?

Pelikkk dan ajaib plak...biasanya Tuan Rumah lah buat laporan POlis?Nampak sangat lah Takut kerana Salah ....Berani kerana Benar.UMNO buat laporan POlis plak.Sesuka tuduh UMNO yang rancang semuanya ini....Naya lah

SHAH ALAM: Satu laporan polis dibuat oleh Pemuda Umno Subang berhubung beg kitar semula yang mengandungi perkataan mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Exco pemudanya, Alan Ridzuan berkata, beg tersebut mengandungi perkataan "Perdana Menteri Saya Memalukan" yang diletakkan di atas meja di sebuah pusat membeli-belah.

Tambahnya, ia turut menempatkan sebuah kotak meminta sumbangan sebanyak RM10 bagi setiap beg berkenaan.

Alan berkata, beliau mengesan kewujudan beg itu semasa berada di pusat membeli-belah tersebut.
"Saya percaya kata-kata ini bertujuan untuk mencemarkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, polis menyiasat kes tersebut di bawah Akta Hasutan 1948.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana