KUMPULAN AKTIVIS GESA PH TINGGALKAN AZMIN DAN KARTEL

Sekumpulan aktivis yang menyokong Pakatan Harapan semalam menggesa agar gabungan tersebut menjarakkan diri daripada kumpulan Azmin Ali yang juga digelar sebagai Kartel.

Ia berikutan tindak-tanduk Azmin yang dilihat bakal merosakkan Pakatan Harapan daripada dalaman gabungan itu sendiri.

Jurucakap kumpulan itu yang terdiri daripada Zanirun Baba, Othman Ismail, Annuar Ismail, Mohd Saad Ismail, Lee Thian Soo dan Dr Maniam dalam satu kenyataan hari ini membuat gesaan tersebut ekoran perletakan jawatan William Leong daripada Biro Politik PKR.

Ia susulan daripada ketidakpuasan hati William terhadap beberapa pemimpin PKR, terutama Azmin yang masih tegar untuk menjalin kerjasama dengan PAS.

“YB William Leong juga menyatakan keputusan yang dilakukan oleh beberapa kerat pemimpin PKR adalah tidak konsensus.

“Kami bersama-sama William dalam perkara ini malah memandang bahawa Azmin Ali dan beberapa kerat kelompoknya gagal berfungsi sebagai seorang Pengarah Pilihanraya yang baik.”

Gerakan Aktivis Harapan (GAH), turut mengingatkan Azmin bahawa tugas Pengarah Pilihanraya bukan sebagai perunding kerjasama dengan musuh.

“GAH ingin menasihatkan Azmin supaya sedar bahawa PH telah wujud sebagai sebuah keluarga besar dan mengukuh sokongan. Dia mahu atau tidak harus menerima kondisi sekarang, jika tidak kelompoknya akan dilabel sebagai entiti yang tidak punyai maruah kerana masih mahu bersenggama dengan bekas pasangan selepas bercerai.

“Seperti yang GAH telah menyatakan sebelum ini bahawa kelompok Azmin tidak sangat membantu PH, sebaliknya akan merosakkan PH dari dalam.” – MG

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana