Krisis PKR... Nik Nazmi pecat Ketua AMK Kelantan

Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad bertindak dengan memecat Ketua AMK Kelantan Mohd Hafidz Rizal Amran yang sebelum ini didakwa 'cenderung' kepada PAS.

Nik Nazmi mengesahkan perkara itu.

“Ya, (penggantinya) akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya dipetik portal pembangkang Malaysiakini.

Sebelum ini, media melaporkan PKR Kelantan mendakwa wujud kumpulan 'kecewa' yang bertindak membuat kacau dalam parti itu terutamanya melibatkan isu tomahan terhadap Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Ab Aziz Ab Kadir dan Ketua AMK, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran.

Naib Pengerusi 1 PKR Kelantan, Amran Ghani berkata, tindakan kumpulan tersebut yang menggunakan memorandum bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka adalah tidak betul malah bercanggah dengan peraturan parti.

Menurutnya, tindakan itu bertujuan menghuru-harakan Keadilan kelantan dan menimbulkan kekeliruan kepada anggota  MPN.

"Untuk pengetahuan semua, mereka ini adalah watak sama yang mana sentiasa membuat kekacauan dalam urus tadbir Keadilan Kelantan.

"Memetik kenyataan media Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dua hari lalu fokus untuk berdepan PRU akan datang, termasuklah memberi kepercayaan kepada pengerusi sedia ada.

"Maka selaras dengan itu, kami yang hadir hari ini menyokong sepenuhnya apa diputuskan itu dan fokus kepada untuk menjatuhkan BN dan Umno sebagaimana dinyatakan presiden," katanya.

Menurutnya, ini bukan kali pertana kumpulan pengacau tersebut membuat tindakan sebegitu dan kemungkinan besar juga ia melibatkan orang yang sama.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat untuk proses menghantar surat tunjuk sebab kepada kumpulan pengacau terbabit.

"Sama ada dikenakan tata tertib atau sebaliknya, itu keputusan yang akan ditentukan oleh pihak pusat.

"Bagi pendapat kami, mereka bersikap seperti itu disebabkan kekecewaan. Mungkin ada beberapa perkara yang mereka tidak setuju, bercanggah dengan pendapat mereka atau mungkin juga ada tuntutan yang tidak dipenuhi dan sebagainya," katanya.

Ditanya jumlah sebenar kumpulan pengacau tersebut, beliau berkata, ia hanya jumlah yang kecil, tidak kurang daripada 10 anggota sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana