Krisis dalaman PKR makin teruk....Biarkan Saja Lumpuh Terus Lagi Bagus Lah

Pergaduhan Azmin Ali dan Rafizi Ramli makin memuncak selepas Azmin cuba berunding dengan PAS untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai MB Selangor.

Rafizi mendakwa tindakan memujuk PAS itu keputusan Azmin bukan pendirian parti dan mendesak diadakan Kongres Khas bagi membincangkannya.

Kartel Azmin tidak puas hati dengan kenyataan Rafizi itu dan mula menyerang Ahli Parlimen Pandan itu.

Timbalan AMK, Afif Bahardin 'menembak' Rafizi kerana sering ponteng mesyuarat parti sehingga tidak tahu pertemuan dengan PAS itu keputusan parti dan direstui Anwar Ibrahim.
Latheefa Koya pula melabelkan Naib Presiden PKR itu sebagai 'Geng Ponorogo' yang berperanan memecah belahkan parti.

Latheefa juga menyalahkan Rafizi sebagai punca Anwar masuk penjara lebih awal ekoran Langkah Kajang yang gagal.

Rafizi sebelum ini menamakan beberapa pemimpin tertinggi PKR yang menyokongnya menjatuhkan Azmin termasuk Johari Abdul dan Saifuddin Nasution.

Presiden PKR, Wan Azizah sepatutnya dipersalahkan kerana tidak berdaya memainkan peranan sebagai ketua. Adakah calon PM Sementara ini menunggu 'wahyu' dari Sungai Buloh?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana