Komen Ketua Polis Negara mengenai kecoh di Nothing To Hide…

Oh...ini ceritanya.Nampaknya ada yang tidak beres pasal penganjuran program Nothing To Hide oleh Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Dewan Raja Musa di Seksyen 7 Shah Alam petang Ahad lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ada peraturan dibawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 yang tidak dipatuhi dalam penganjuran program yang kecoh itu.

Beliau memberitahu wartawan selepas satu majlis di Bukit Aman Rabu antaranya mereka tidak jemput polis ke program itu.

Maka polis cuma berkawal di luar dewan dan tidak di dalam dewan.

"Peguam mereka yang bijak pandai ramai, bacalah semula semua 10 syarat di bawah Seksyen 25 APA 2012, sekarang sudah jadi masalah seperti ini, mereka jangan mereka boleh terlepas," katanya.

"Mereka mahu salahkan parti politik lain itu kita tidak mahu masuk campur, namun apabila mereka menyalahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu tidak masuk akal,”katanya.

Beliau menjelaskan polis akan ambil tindakan keatas penganjur itu kerana gagal patuhi peruntukkan dibawah akta berkenaan.

Khalid juga memberitahu tangkapan berkaitan kes kekecohan di program itu setakat ini sudah 13 orang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana