KIT SIANG DIGESA JELAS ASAL USUL SEBENAR

Penasihat DAP, Lim Kit Siang digesa untuk menyatakan bukti tempat kelahirannya selepas timbul keraguan beliau dilahirkan di Malaysia.

Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao mendakwa hasil daripada carian laman sesawang ‘wikipedia’ yang dibuat pada 11 hari lalu yang tertera wakil rakyat DAP itu tiba ke Malaysia dari China pada tahun 1957 telah diubah suai.

Ramesh dan beberapa individu lagi hadir berhimpun di depan Parlimen bagi menyerahkan memorandum menuntut ahli politik veteren itu menunjukkan bukti kelahirannya di Malaysia.

“Kita dapat maklumat ini daripada veteren- veteren DAP sendiri pada 8 Januari lalu bahawa Lim Kit Siang ini tak lahir di Malaysia.

“Jadi saya dah beri kenyataan media kepada ahli Parlimen itu untuk menjelaskan tapi beliau tak menjawab soalan kita.

“Di dalam Wikipedia, telah diubah, terus ke tahun dilahirkan, tidak lagi bila beliau tiba. Malahan ada bukti menunjukkan perkara ini diubahsuai sepuluh hari yang lalu,” kata Ramesh ketika ditemui media di pintu masuk bangunan Parlimen hari ini.

Ramesh bagaimanapun gagal menyerahkan memorandum mereka kepada mana-mana ahli Parlimen pembangkang dan Barisan Nasional termasuk menteri.

Sehubungan itu beliau memberi tempoh tujuh hari kepada ahli Parlimen Gelang Patah itu supaya tampil menjelaskan asal usulnya.

Laporan polis akan dibuat sekiranya pemimpin veteran DAP itu gagal berbuat demikian, ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana