Kisah guru menangis menyesal sokong pembangkang...Gantung Terus Ajer Orang Macam Tu

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid petang tadi (Ahad) mendedahkan kisah bagaimana seorang guru yang bertugas di Kedah  menangis teresak-esak kerana terpedaya menyokong pembangkang.

Katanya guru lelaki itu berada di atas pentas ceramah anjuran parti pembangkang dengan angkuh selain mengakui dirinya seorang guru, guru berkenaan mencabar kerajaan, "sila ambil tindakan,”

BMahdzir yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia berkata, guru berkenaan telah dikenakan tindakan oleh pihak Kementerian Pendidikan iaitu digantung tugas selama sebulan.

Berucap kepada perwakilan UMNO Bahagian Sungai Siput ketika merasmikan mesyuarat agongnya, Mahdzir memberitahu mereka bahawa guru terbabit akhirnya telah insaf dan berjanji tidak mahu mengulangi lagi perbuatan itu.

``Saya lambat ambil tindakan... tapi saya pantang kalau dia naik atas pentas pembangkang dia bagi tahu saya seorang guru sila ambil tindakan.


``Dia tak dibuang tapi digantung tugas, dia datang merayu sambil menangis, Datuk isteri saya tak bekerja, tapi masa dia buat dia tak ingat, dia dahpun sedar dia silap,’’ katanya.

Beliau menerima tepukan daripada perwakilan apabila menjelaskan bahawa sebagai Menteri Pendidikan, beliau mendapati majoriti guru di negara ini memberikan sokongan mantap kepada BN yang bakal menghadapi pilihan raya umum ke 14 nanti.

Madzir turut menegaskan bahawa UMNO dan BN tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum malah tetap sentiasa bersatu membantu semua kaum dalam agenda perjuangan parti membela nasib masa depan rakyat.

Beliau juga meminta kaum Cina dan India yang menjadi anggota dalam komponen BN supaya bekerjasama memantapkan BN untuk menghadapi pembangkang pada pru ke 14 nanti.

``Kita  kena ada rasa kekuatan UMNO dan BN untuk nak lawan pembangkang pada pru ke 14 nanti.

``MIC, MCA kita datang daripada BN …kita  dari dulu lagi sampai sekarang bersam-sama . . .  sebab itu kena berusaha sungguh -sungguh…untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya ini nanti.

`` Sungai Siput ini memang mempunyai sejarah rekod baik di sini Parlimen diwakili MIC, DUN Lintang diwakili UMNO dan satu DUN lagi Gerakan …kita nak supaya BN boleh menunjukkan kekuatan daripada semua kaum.

``Tapi masyarakat Cina dan India yang menolak BN sebelum ini saya harap mereka boleh faham dan akan berubah angin memberikan kerjasama dan semangat untuk menyokong BN,’’ katanya.

Menurut Madzir, beliau yakin masyarakat Cina dan India di Sungai Siput telahpun sedar dengan permainan pembangkang yang selama ini tidak pernah membawa apa-apa pembangunan untuk faedah rakyat selama dua penggal menguasai kerusi Parlimen Sungai Siput dan DUN Jalong.

Terdahulu Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput, Datuk Zulkaply Harun  yang juga Adun Lintang optimis BN akan dapat merampas kembali kerusi Parlimen Sungai Siput dan DUN Jalong dari pembangkang pada pru ke 14 nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana