KING COBRA TELAN ULAR SENDUK DALAM RUMAH

Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila menemui seekor ular tedung selar jantan atau king cobra sepanjang 3.6 meter mengganas ketika sedang memakan seekor ular senduk di dalam sebuah bilik di kediaman mereka di Kampung Titi Kasai, Batu Kurau di sini semalam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kurau, Nazri Yusof berkata, ketika sampai di lokasi kejadian ular tedung selar tersebut berada dalam keadaan agresif selepas ia berasa diganggu, seperti memetik Kosmo.

“Sebaik menerima panggilan pada pukul 10.30 pagi, enam anggota yang bergegas ke tempat kejadian mendapati ular tersebut sedang menelan kepala seekor ular senduk.

“Namun, ular tedung selar yang berasa terganggu ketika ia ‘menjamu selera’ mula bertindak agresif dan meluahkan kembali ular senduk itu.

“Ular tedung selar kemudian melarikan diri ke bahagian dapur rumah, manakala ular senduk pula hilang menelusuri ke kawasan parit berhampiran,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana