Khalid umum keputusan muktamad untuk bersara...

Tabik sir... Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan akan bersara bulan depan, selepas 40 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Khalid yang akan genap berusia 60 tahun pada 5 September ini, mengakui tidak akan menyambung kontrak perkhidmatan sebagai Ketua Polis Negara selepas tarikh kelahirannya itu yang juga tarikh rasmi persaraannya.

"Tempoh perkhidmatan saya akan tamat pada usia 60 tahun, 5 September ini.

"Ini keputusan saya sendiri. Sudah sampai masanya saya berehat... Timbalan ketua polis negara akan ambil alih" katanya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rahsid Ibrahim,59, menyandang jawatan tersebut sejak 2014.

Khalid memulakan kerjaya dengan PDRM pada 1976 dan pernah menyandang pelbagai jawatan sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan pada 2005 sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, seterusnya Ketua Polis Selangor pada Jun 2007.

Kerjayanya berkembang selepas dilantik Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman pada 2010 sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada April 2011 menggantikan Tan Sri Husin Ismail yang bersara wajib.

Pada 17 Mei 2013, Khalid yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat tempoh pelantikan secara kontrak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana