Ketua-Ketua UMNO Perak minta Zambry kekal MB

Rayuan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk terus menerajui negeri Perak sebagai Menteri Besar selepas PRU ke-14 mendapat reaksi positif.

Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai Datuk Sham Mat Sahat (gambar) berkata, Perak masih lagi memerlukan khidmat bakti dan kepemimpinan Dr Zambry yang telahpun terbukti membawa banyak perubahan sosial ekonomi rakyat  dan pembangunan di negeri Perak.

Katanya, walaupun setelah dua penggal diberi mandat menjadi Menteri Besar namun rakyat Perak masih inginkan supaya Dr Zambry meneruskan agenda perjuangan rakyat dengan membawa lebih banyak pembangunan di negeri ini.

"Hari ini berbanding seawal lantikannya sebagai Menteri Besar Perak, Dr Zambry  ternyata Perak mengharungi perubahan drastik dari sudut pembangunan social ekonomi rakyat dan pembangunan negeri.

"Di Bandaraya Ipoh sebagainya contohnya rakyat dapat melihat sendiri banyak bangunan besar dan moden dibina manakala pelbagai kemudahan termasuk pengangkutan seperti pengangkutan bas moden disediakan untuk kemudahan rakyat,’’ katanya kepada Agendadaily semalam.

Sham yang juga Adun Alor Pongsu turut mengakui pada era pentadbiran Dr Zambry ketika ini, banyak kemudahan infra termasuk pembangunan pekan-pekan kecil untuk mengimbangi pembangunan social ekonomi rakyat di bandar telah terlaksana.

"Di Kerian sebagai contohnyha  isu masalah banjir yang sekian lama  menghimpit dan menghantui penduduk sudahpun selesai dengan terbinanya tebatan banjir hasil usaha keras Dr Zambry sebagai seorang pemimpin yang sentiasa prihatin terhadap permasalahan rakyat di Kerian ini,’’ katanya.

Datuk Sham  berpandangan masih banyak lagi tugas yang belum selesai dan perlu digalas oleh Dr Zambry untuk membawa hala tuju negeri Perak kearah pembangunan dan kecemerlangan.

"Saya tidak nampak adanya pemimpin berwawasan tinggi setanding Dr Zambry di negeri Perak setakat ini yang membawa negeri Perak kearah kecemerlangan.

"Maka atas faktor inilah saya berpendapat pucuk pimpinan perlu mengekalkan Dr Zambry selepas pilihanraya nanti untuk terus menerajui pentadbiran negeri Perak,’’ katanya.

Datuk Sham mengulas spekulasi soal sama ada Perak bakal mempunyai Menteri Besar Baru selepas Pilihanraya Umum ke 14 kelak masih bersifat teka-teki.

Dr.Zambry sendiri baru-baru ini enggan mengesahkan berita perpindahannya ke Kuala Lumpur bertanding kerusi parlimen ataupun kekal sebagai Menteri Besar.

Ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Gerik pada Ahad, beliau meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kedudukan beliau untuk bertanding pada PRU ke-14 nanti. Beliau akui pihak media gemar bertanyakan soalan itu kepadanya.

Katanya apa yang paling penting ahli parti UMNO dan BN membuat kerja dengan memberi fokus untuk menghadapi pilihan raya.

Sementara itu, UMNO bahagian Gerik mengulangi pendirian menolak calon luar atau calon `payung terjun di Gerik bertanding PRU ke-14 nanti.

Ketua UMNO Bahagian Gerik, Datuk Hasbullah Osman dalam ucapan dasar sempena Mesyuarat Perwakilan bahagian itu pada Ahad (dirasmikan MB Perak) berkata  pendirian itu bukan bermakna kehadiran calon luar bererti UMNO akan kalah.Ini memastikan UMNO Gerik terus memberikan sumbangan kepada pembentukan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

"Yang penting UMNO Gerik bila calon diputuskan oleh pucuk pimpinan kita mesti sokong …Cuma di Gerik kita dah bagi tahu tahu suasana poltik dalam negara cabaran isu yang ada dan segalanya mesti calon yang datang daripada parlimen Gerik.

"Ini bukan soal kita  tak nak terima calon payung terjun dan sebagainya tetapi YAB Datuk Seri demi untuk pastikan kita berikan sumbangan menyusun, membentuk  kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

"Kami yakin  siapa juga calon insyaallah kami boleh menang  bukan nak kata calon luar mari kita kalah tetapi untuk memudah kerja kerja inilah suara hati diperingkat akar umbi di seluruh parlimen Gerik,’’ kata Hasbullah.

Beliau berkata , UMNO Gerik   sungguh bertuah kerana dibarisi ketua-ketua bahagian yang sebelum ini pernah menjadi `boss’ diperingkat Persekutuan dan membimbing ahli parti ke landasan yang tepat.

Cuma katanya sambil berseloroh..berbanding beliau yang bukan seorang usahawan hanya bekas chegu yang tidak bercita-cita tinggi ..bukan ada duit ..orang yang tak terlalu ada duit kalau tak ada duit itu bohong namanya

Hasbullah berkata, selaku ketua UMNO Bahagian beliau cuba membawa ahli UMNO Gerik untuk menjadi seorang pejuang yang setia bekerja dan tidak terlampau mewah.

`Saya kena cari juga duit kerana meneruskan tradisi kepimpinan sebelum ini, insyaallah terima kasih semua ahli UMNO yang telah melalui keadah dalam UMNO  bahagian Gerik ketika ini  yang tidak dapat bermewah seperti sebelum ini  tetapi saya berterima ksih kepada UMNO  Malaysia diketuai Presiden parti yang beri bantuan kepada UMNO Bahagian Gerik.

"Tidak ketinggalan juga kita berterima kasih kepada Menteri Besar yang memberikan peruntukan  RM50,000 setahun membolehkan kita bergerak adakan mesyuarat,’’ katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana