Kesal sikap pengusaha merungut harga turun, harga naik diam

Kerajaan akan memastikan pengusaha stesen minyak dan pengguna merasa selesa dengan penetapan harga minyak dan diesel yang dilakukan setiap minggu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainuddin menjelaskan, setakat ini tiada lagi kes minyak dan diesel disorok dan kerajaan akan memastikan perkara ini tidak akan berlaku ketika harga minyak dan diesel meningkat mahu pun menurun setiap minggu.

“KPDNKK sentiasa berbincang dengan Menteri Kewangan, bukan sahaja untuk memastikan pengusaha stesen minyak selesa, malah pengguna di seluruh negara tidak akan menghadapi masalah kekurangan minyak ketika harganya meningkat atau pun menurun setiap minggu.

“Kita akan memastikan bekalan cukup ketika harga minyak naik dan turun, setakat ini tiada lagi kes menyorok bahan api ini dilaporkan kepada KPDNKK,” jelasnya ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Sik Dr Mansor Abdul Rahman di Sidang Dewan Rakyat, pada Isnin.

Hamzah juga melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir pengusaha stesen minyak kerana merungut mengalami kerugian ketika penetapan harga minyak diumunkan menurun pada minggu tertentu.

“Apabila harga minyak dan diesel naik, mereka ini tidak pula mengadu kepada pihak tertentu tetapi apabila harga minyak dan diesel turun mereka mengeluh mengalami kerugian.

“Dalam setiap perniagaan, setiap ahli perniagaan mesti memahami ada risiko mengalami untung dan rugi, dan seharusnya mereka telah mendalaminya risiko yang bakal dialami dalam perniagaan ini,” jelas Hamzah lagi.

Bagaimanapun, menurut Hamzah, kerajaan akan memastikan kerugian yang dialami pengusaha stesen minyak tidak terlalu besar melalui mekanisma yang digunakan.

“Penetapan harga minyak dan diesel berdasarkan harga pasaran minyak dunia. Harga runcit ditetapkan adalah lebih hampir kepada harga kos produk.

“Kita ada berjumpa dan berbincang dengan mereka dan memastikan jika ada kerugian yang dialami pengusaha stesen minyak tidak terlalu besar,” jelas Ahli Parlimen Larut itu.

Menurut Hamzah lagi, bagi menampung pengusaha stesen minyak ini ketika mengalami kerugian, pelbagai usaha dan insentif telah dilakukan untuk mereka memperolehi keuntungan tambahan.

“Syarikat minyak ada menyediakan insentif bagi membantu pengusaha stesen minyak mendapat keuntungan tambahan seperti membuka kedai serbaneka dan runcit di premis mereka.

“Ada juga diadakan kempen atau program untuk memikat pengguna singgah di kedai runcit di stesen minyak tersebut,” katanya menjawab soalan asal daripada Ahli Parlimen DAP Sarikei Wong Ling Biu yang ingin mengetahui apakah masalah yang dialami oleh pelbagai sektor apabila kerajaan melaksanakan harga petrol dan diesel terapung setiap minggu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana