KENYATAAN TUAN IBRAHIM BURUKKAN IMEJ PAS....MAHFUZ NI WAJIB DIBUANG DAH

Bekas naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyelar kenyataan timbalan presiden parti itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkaitan isu penyelesaian hutang 1MDB.

Mahfuz berkata, kenyataan Tuan Ibrahim semalam menggambarkan beliau tidak faham “akar isu” masalah 1MDB dengan mengatakan menyatakan rasa puas hati dengan pelan penyelesaian syarikat itu.

“Seolah-oleh Tuan Ibrahim bagi gambaran bahawa beliau dan rakan-rakan (PAS) yang lain tak faham apa itu rasionalisasi (hutang 1MDB),” katanya kepada Malaysiakini.

Mahfuz yang juga Anggota Parlimen Pokok Sena berkata isu utama dalam 1MDB adalah syarikat kontroversi itu berhutang dan melunaskan hutangnya dengan menggunakan “plan transformasi”.

Pelan transformasi itu pula antara lain meminjam wang daripada Tabung Haji dan menjual aset negara kepada negara China.

“1MDB jual aset pada China, guna wang Tabung Haji dan jual barang untuk bayar hutang dari hasil kecurian bolehkan plan rasionalisasi, jadi sampai jual aset.

“Jadi saya agak hairan pemimpin PAS blur (kabur) apa itu akar isu dan apa itu rasionalisasi 1MDB,” katanya.

Sebelum ini Tuan Ibrahim telah mengetuai rombongan PAS bertemu pengurusan tertinggi 1MDB termasuk presidennya Arul Kandasamy.

Selepas mendengar penjelasan, PAS semalam menyatakan rasa puas hati dengan pelan penyelesaian syarikat itu.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata kenyataan yang dibuat Tuan Ibrahim itu seolah-olah PAS tidak pernah mempunyai masalah dengan syarikat itu.

“PAS juga seolah-olah melindungi pencuri. Ia memburukkan imej parti,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana