Keganasan Bukan Budaya Malaysia Tetapi Mahathir Bangga Pula Dengan BERSIH?

Dalam satu jawapan yang disiarkan menerusi portal Malaysia Kini semalam, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir memberitahu bahawa keganasan bukanlah satu budaya di Malaysia. Dia juga cuba mengaitkan akan kemungkinan akan wujud huru hara sekiranya UMNO dan Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Dia diminta mengulas berhubung isu keganasa yang membabitkan penganjuran majlis Nothing to Hide 2.0 yang dianjurkan di Shah Alam, Ahad lepas. Dalam kenyataannya, dia menyatakan dia cukup kosisten menolak sebarang politik keganasan dan memang terkejut dengan apa yang berlaku Ahad lepas. Persoalannya, benarkah Mahathir menolak politik keganasan?

Jika diimbau semula semua kenyataannya sejak mengisytiharkan diri sebagai penentang kerajaan, Mahathir acapkali mengajak rakyat Malaysia menumbangkan kerajaan yang dipilih secara sah melalui sistem demokrasi. Bukankah selama ini rakyat Malaysia dididik untuk menghormati sistem demokrasi dan menolak sebarang kempen politik kotor termasuk usaha menumbangkan sesebuah kerajaan?

Hak rakyat akan dikembalikan pada setiap lima tahun sesuai dengan amalan demokrasi yang diamalkan negara sejak sekian lama. Bukankah ini salah satu cara Mahathir menyokong amalan keganasan dalam politik?

Masih ingat akan siri perhimpunan BERSIH yang diadakan di Kuala Lumpur sejak dua tahun terakhir ini? Bukankah pada BERSIH 4.0 Mahathir dilihat hadir bersama-sama ribuan peserta BERSIH yang berhimpun di jalan-jalan raya di sekitar Dataran Merdeka? Bukankah Mahathir turut sama melakukan provokasi di hadapan KLCC semasa penganjuran BERSIH 5 tahun lalu?

Ingin ditanyakan kepada Mahathir, sejak bila negara mengamalkan cara demonstrasi jalanan seumpama ini? Bukankah amalan terkutuk ini diharamkan semasa pentadbirannya? Jika bersandarkan kepada kenyataan yang dia tidak menyokong sebarang politik keganasan, adakah BERSIH itu satu himpunan yang bagus untuk amalan demokrasi?

Diberitakan pada 14 Oktober depan, Mahathir akan sekali lagi tampil dalam satu demonstrasi yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur. Adakah ini lambang politik bersih yang dilaungkan Mahathir? Bukankah demonstrasi ini adalah selangkah menghampiri politik kebencian dan keganasan?

Nampaknya, Mahathir hanya tahu bercakap tetapi tidak mamppu berfikir dengan logik. Jika dia membenci cara politk keganasan, kenapa pula dia boleh menyertai siri perhimpunan yanga da diantaranya tidak mendapat kebenaran dari pihak berkuasa? Bukankah perhimpunan seumpama ini boleh dikategorikan sebagai perhimpunan haram dan menyalahi undang-undang negara?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana