Kecoh di program Nothing To Hide 2…masa Dr Mahathir jawab isu Memali...Confirm MACAI Kata Dari UMNO Ni

Program Nothing To Hide 2 terpaksa ditamatkan hampir sejam setengah selepas ia berlangsung di Dewan Raja Musa, Seksyen 7 Shah Alam apabila berlaku kekecohan semasa Tun Dr Mahathir Mohamad sedang jawab soalan mengenai isu peristiwa berdarah Memali.

Kejadian pada program anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang meletus pada jam 5.31 petang itu menyaksikan ada pihak yang lontar mercun asap dan saling melontar kerusi.

Pada jam 5.40 petang penganjur telah mengumumkan pembatalan program itu selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa keluar dari dewan.

Program itu yang bermula pada jam 4.10 petang menampilkan Dr Mahathir diatas pentas menjawab soalan-soalan dari para hadirin.

Tidak dapat dipastikan punca sebenar.

Namun suasana hangat jelas kelihatan semasa Dr Mahathir sedang jawab dan mempertahankan tindakan polis dalam kejadian di Memali di Baling Kedah pada 19 November 1985.

Kejadian yang mengakibatkan 18 orang terbunuh termasuk empat anggota polis telah mencetuskan kemarahan kalangan ahli PAS terhadap Dr Mahathir sepanjang pentabirannya.

Dr Mahathir dakwa semasa kejadian beliau berada di Beijing,China.

Namun bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam dakwa ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur.

Sebelum itu Dr Mahathir ditanya pasal kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun beliau dengan nada biasa selepas masuk pembangkang kata kisah lama tidak perlu dibangkitkan sebaliknya tumpu kepada usaha jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jawapan yang tidak lengkap dan ringkas itu sudah timbulkan rasa tidak puashati kalangan hadirin.

Suasana tegang sudah terasa bila beliau turut ditanya mengenai kekayaan anaknya.

Pemuda yang bertanya soalan mengenai isu Memali itu dikenalipasti seorang ahli PPBM.

Dia ingin tahu kenapa kekerasan digunakan terhadap mereka orang Melayu sedangkan mereka cuma guna pisau dan buluh runcing saja.

Dr Mahathir pertahan kata empoat anggota polis terbunuh dan polis cuma laksana langkah biasa (SOP) dalam keadaan itu.

Waktu ini kedengaran suasana riuh dalam dewan.

Asap dan pancaran api kelihatan menjulang dari satu sudut dewan semasa insiden bermula.

Juga ada pihak yang melontar kerusi.

Ada juga kelihatan orang yang melontar selipar.

Difahamkan polis telah menahan beberapa orang yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.

Ketua Armada PPBM,Syed Saddiq Abdul Rahman dalam sidang akhbar tidak lama selepas kejadian itu mendakwa ada pihak yang cuba sabotaj program mereka.

Beliau bagaimanapun tidak berani tuduh pihak mana yang terlibat – samaada dari kalangan orang dalam parti itu atau orang luar.

Katanya mereka serahkan kepada pihak polis membuat siasatan kejadian itu.

Dakwanya ada beberapa orang pemuda yang dipercayai memakai t-shirt Armada tetapi bukan ahli mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana