Ke mana hilangnya wang itu?

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak sikap pembangkang yang gemar mem­perkecilkan apa sahaja usaha ke­rajaan melaksanakan pemba­ngunan demi rakyat.

Perdana Menteri berkata, ini termasuk memperlekehkan pe­laksanaan projek Transit Ali­ran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang walaupun pembinaan infrastruktur itu diilhamkan agar rakyat di bandar berpeluang menikmati jaringan pengangkutan awam lebih cekap dan mengecapi kualiti hidup lebih baik, sekali gus dapat mengembangkan ekonomi negara.

Menurut Perdana Menteri, pihak pembangkang memperke­cil-kecilkan jaringan MRT itu ko­nonnya mereka boleh membina dengan kos lebih murah, malah, sewenang-wenangnya memperlekeh hasil kepakaran anak tempatan yang bertungkus-lumus menyiapkan projek itu pada kos lebih rendah dan lebih awal daripada jangkaan asal.

“Yang lucunya, baru-baru ini sudah mula terbongkar di negeri-negeri mereka tentang skandal banglo, rumah, Disneyland, harga terowong, pintu gerbang dan lebuh raya yang dibina berlipat ganda lebih tinggi daripada sepatutnya.

“Ke mana hilangnya wang ini? Apakah skandal kewangan mereka ini bertujuan untuk membina MRT dengan lebih murah?” katanya dalam rakaman audio yang dimuat naik di blog najibrazak.com hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, beliau sedar rakyat sentiasa memerhati segala tindakan kerajaan, namun mereka juga tidak boleh terlepas pandang de­ngan pelbagai perkara ‘aneh’ dalam pentadbiran pembangkang.

“Pokoknya, projek MRT aliran pertama kini sudah siap dan rak­yat Malaysia telah mula menikmati kemudahan ini.

“Saya turut teruja untuk terus memastikan pelbagai lagi transformasi dijalankan ke atas sistem pengangkutan awam negara pada masa hadapan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana