Kalau ikhlas tandatangan IBR, kenapa tak jemput kami - BN P.Pinang

SHAH ALAM: Jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ikhlas menandatangi Ikrar Bebas Rasuah (IBR), majlis lafaz ikrar tersebut sepatutnya tidak mengecualikan wakil Barisan Nasional (BN), demikian kata ADUN Pulau Betong, Datuk Muhammad Farid Saad.

Farid berkata sikap kerajaan negeri pimpinan DAP itu yang tidak menjemput wakil BN jelas mahu memperlihatkan sisi 'gigih' Pakatan Harapan (PH) dalam membanteras rasuah.

"Saya rasa sewajarnya kalau dia nak buat dengan ikhlas, tidak berpura-pura, tidak berpolitik, dia perlu jemput dan kami akan buat keputusan untuk datang ataupun tidak. Bukan dia membuat andaian kami kalau jemput pun tidak datang.

"Itu lebih kepada menjadikan program hari itu sebagai program Pakatan Harapan yang tidak mahu melibatkan BN. Apapun seperti kata Ketua Pembangkang (DUN) kata, kami boleh dan akan mengangkat IBR sendiri.

"Itu saya rasa dia lebih nak menjadikan seolah-olah hanya pakatan sahaja yang menyokong IBR ini dan tidak BN. Patutnya dia menjemput sekali kami. Kita difahamkan yang dia kata kalau dijemput pun kami tak datang. Siapa dia untuk menghakimi kami datang atau tak datang," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Walaubagaimanapun Farid berkata, seluruh anggota BN di negeri yang dipimpin DAP itu akan terus mendokong inisiatif yang dibawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha membanteras musuh nombor satu negara itu.

"IBR ini bukan (inisiatif) kerajaan PH. IBR ini dibuat oleh agensi kerajaan yang mahu bebaskan rasuah daripada pentadbiran dan kita menyokongnya. Tiada sebab untuk kami menentang apa yang dibuat oleh kerajaan. Memang kami pun mahu pentadbiran yang bebas rasuah seperti yang dibawa oleh badan pencegah rasuah," tambahnya.

Jumaat lalu, kerajaan Pulau Pinang akhirnya akur dan menandatangani IBR dengan tambahan 10 langkah integriti selepas berdolak dalih.

Bagaimanapun, majlis berkenaan menimbulkan tanda tanya ekoran tidak disertai wakil rakyat BN kerana dipercayai mereka tidak menerima sebarang undangan rasmi daripada kerajaan negeri.

Lafaz ikrar yang diketuai Guan Eng itu disaksikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana