Kah Kah Kah.....Kata Sedia Bekerjasama!!!!!! Peguam Tun M fail rayuan cabar panel RCI

SHAH ALAM: Peguam yang mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, yang menolak permohonan mantan perdana menteri itu untuk menyingkirkan dua panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an.

Peguam yang mewakili Dr Mahathir, Haniff Khatri Abdulla berkata, pasukannya memfailkan notis rayuan pada petang ini.

"Sekarang kita bergegas ke pendaftar Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman (di Putrajaya) untuk memfailkan notis usul dan mendapatkan sijil perakuan segera untuk melarang prosiding RCI yang bermula pada 21 Ogos, sehingga notis rayuan kami didengar," katanya dipetik Malaysiakini.

Haniff berkata pasukannya akan cuba menemui setiausaha Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, atau pendaftar untuk meyakinkan mereka atas sebab-sebab berdasarkan prosedur.

Terdahulu Mahkamah Tinggi pagi tadi menolak permohonan Dr Mahathir menyingkirkan dua panel suruhanjaya itu, iaitu pengerusinya Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Tan Sri Saw Choo Boon.

Hakim Azizah Nawawi membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan oleh kerajaan bahawa keputusan suruhanjaya melantik Sidek dan Choo Boon sebagai anggota bukan keputusan yang boleh dicabar di mahkamah.

Minggu lalu, suruhanjaya yang bersidang untuk kali pertama itu turut menolak permohonan peguam yang mewakili Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar senarai keanggotaan badan siasatan itu.

Haniff (mewakili Dr Mahathir) dan R Sivarasa yang mewakil Anwar, membangkitkan persoalan sama ada komposisi suruhanjaya itu sah atau melanggar perundangan.

Mereka bertegas suruhanjaya itu tidak sepatutnya terdiri daripada individu yang mencadangkan penubuhan suruhanjaya berkenaan. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana