Jika Bukan Anwar Yang Keluarkan Kenyataan, Siapa Pula Yang Menyamar Menjadi Anwar?

Awal hari ini, Jabatan Penjara Malaysia menerusi Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim, menyangkal dakwaan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada mengeluarkan kenyataan dari penjara berhubung ulasannya tentang penganjuran majlis Nothing to Hide 2.0 yang diadakan di Shah Alam, Ahad lalu.

Dalam kenyataannya beliau menegaskan, Anwar tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan dari penjara, sama seperti banduan-banduan yang lain. Malah tegasnya, Anwar pada Isnin lalu diiringi pihak penjara ke mahkamah bagi menghadiri perbicaraan namun tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan. Malah, Anwar juga sepanjang masa diberikan pengawasan oleh warder yang dipertanggungjawabkan untuk mengawasinya.

Melihat kepada kenyataan Supri ini, timbul persoalan, siapa pula yang menyamar menjadi Anwar yang mengeluarkan kenyataan berhubung majlis berkenaan? Sebenarnya, ini bukan kali pertama Anwar dikatakan ada mengeluarkan kenyataan berhubung satu-satu isu. Malah, sebelum ini, Anwar juga didakwa pernah mengirim 8 helai surat terbuka buat penyokong PKR semasa mengulas pembabitan Tun Dr Mahathir di dalam Pakatan Harapan.

Jika Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan sendiri sudah membuat kenyataan penafian pembabitan Anwar dalam mengeluarkan kenyataan, adakah mungkin ada pihak lain yang menyamar menjadi Anwar sehingga acapkali mengeluarkan kenyataan? Adakah Nurul Izzah ataupun Datin Seri Wan Azizah sendiri yang mereka kenyataan berkenaan dan hanya menggunakan nama Anwar sahaja?

Jika benar dakwaan Supri ini, besar kemungkinan andaian Wan Azizah ataupun Nurul Izzah mereka-reka kenyataan berkenaan, ada asasnya. Memang sebelum ini ramai yang mempersoalkan layanan VIP yang diterima oleh Anwar sepanjang ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Tetapi selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Supri, nampaknya, ada pihak telah menggunakan nama Anwar untuk memastikan namanya kekal relevan dalam arus politik Malaysia.

Dalam hal ini, hanya pihak PKR, Wan Azizah atau Nurul Izzah sahaja yang boleh mengesahkan perkara ini. Seandainya mereka memilih untuk mendiamkan diri, maka dakwaan mereka menggunakan nama Anwar untuk meraih sokongan politik atau memastikan nama Anwar malar segar dalam ingatan para penyokongnya, memang berasas.

Namun jika sebaliknya, mereka harus tampil menerangkan duduk sebenar perkara ini supaya kekeliruan ataupun menyalahkan pihak penjara dalam hal ini dapat dielakkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana