Janji Baru , Janji Lama DAP Semuanya Ke Longkang

Kerosakan ini bukan sahaja kepada kemasyarakatan malah kerosakan kepada keamanan serta keharmonian kaum dalam Negara ini. DAP amat bijak mengkritik apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat. Pada masa yang sama mereka tidak pernah memikirkan apa juga kaedah untuk kebaikan rakyat dibawah pentadbiran mereka.

Bukan itu sahaja, kita sudah sedia maklum yang DAP ni dari dahulu lagi memang tak pernah setuju dengan kemajuan yang dibawa untuk rakyat.  Malah mereka menentang semuanya dengan mengatakan ianya adalah penyelewengan dilakukan atas nama wang rakyat.

Perkara tersebut atau tingkah laku tersebut sudah amat terkenal dikalangan pemimpin DAP yang amat suka cari kesalahan orang lain. Walaupun projek yang dilaksanakan tersebut tiada cacat celanya tapi DAP tetap juga cuba untuk timbulkan kekacauan dan memperburukkannya.

Parti cauvanis DAP ini sebenarnya takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Ini kerana tindakan mereka yang mana selama ini hanya tahu berpolitik sepanjang masa tanpa mempedulikan hal berkaitan dengan kebajikan rakyat.

Bak pepatah, cakap tak serupa bikin, indah khabar dari rupa dan untuk generasi muda yang bersama DAP terus mendendangkan dan mencipta jadual perangkaan  dengan mengatakan bahawa DAP amat bersih, telus dan membawa kemajuan untuk rakyat.

DAP hanya seperti burung Kakak Tua yang bijak berkata-kata dan terus berkata tanpa dapat menunjukkan sifat yang boleh membina  dan menjamin kepentingan rakyat terbela dibawah kepimpinan mereka

DAP  umpama anjing dengan bayang-bayang, sebab itu lah mereka takut dengan diri sendiri. Mereka cuba mengelirukan rakyat, padahal mereka hanya tahu bermain isu sahaja dan tiada satu pun perubahan yang dilakukan malah pada kebanyakannya DAP merosakkan segalanya.

DAP atau Pakatan Harapan hanya pandai menabur janji demi janji dan terus mencipta janji yang baru dan akhirnya rakyat Pulau Pinang menjadi mangsa penipuan akibat kerakusan politik DAP.

Bukti yang nyata apabila wakil rakyat BN mempersoalkan status sekurang-kurangnya 51 buah projek untuk manfaat rakyat di beberapa kawasan di Pulau Pinang gagal dilaksanakan sejak 2008 sehingga kini.

Sejak DAP yang diterajui Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng mentadbir Pulau Mutiara, rakyat tidak mendapat manfaat daripada parti itu malah rakyat dibebani dengan sistem percukaian yang tinggi serta kenaikan kadar pakir yang tidak masuk akal.

DAP sering membuat kenyataan bahawa parti tersebut mampu mentadbir negeri dengan baik tetapi saban hari, satu persatu kegagalan terserlah. Kini, janji hanya tinggal janji dan itulah sifat sebenar DAP, tidak bertanggungjawab.

Tidak seperti kerajaan BN yang memerintah Malaysia, bukti kepada rakyat telah terlaksana menerusi Aku Janji. Sehingga Mac tahun ini, sebanyak 83 peratus projek Aku Janji Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 dengan peruntukan RM73.49 bilion melibatkan 4,844 projek telah siap sepenuhnya.

Apa pula cerita dengan DAP yang hanya memerintah sebuah negeri tetapi kucar kacir dibuatnya. Jika negeri yang ditadbir DAP sendiri gagal melaksanakan dan menunaikan janji dan kemajuan, sudah tentu parti itu tidak mampu mentadbir negara.

Kini sudah tiba masanya rakyat terutamanya dari Pulau Pinang menolak DAP dan memilih kerajaan BN yang telah terbukti memerintah negara dengan baik, memegang kepada prinsip dan menunaikan janji.

Kini setelah  dua penggal DAP memerintah Pulau Pinang namun mereka dilihat gagal mentadbir kerajaan negeri dengan baik. Malah kebanyakan rakyat terus merungut dengan sikap pilih kasih DAP terhadap rakyat.

Berbagai kemajuan diwar-warkan, namun berapa banyak yang telah berjaya dilaksanakan oleh DAP. Semuanya  projek yang  tidak memberikan impak kepada rakyat marhaen yang berpendapatan rendah.

Tersisih dari arus pembangunan telah memperlihatkan  seolah-olah DAP adalah sebuah parti pembangkang  dan bukan sebuah kerajaan yang memerintah di Pulau Pinang.. Apa yang dibina oleh BN sebelum ini di Pulau Pinang berjaya dirosakkan DAP sejak memegang tampuk pemerintahan.

Jadi, masyarakat perlu memandang serius tentang perkara ini. Peluang sudah diberikan kepada mereka untuk menjadi pemerintah di Pulau Pinang dan beberapa negeri lain pada pilihanraya-pilihanraya lepas. Namun, laungan anti-rasuah dan segala jenis janji manifesto seperti yang ditaburkan pada kempen pilihanraya lalu hanyalah lakonan tagih sokongan.

DAP dan parti-parti dalam pakatan semuanya hanya pandai cakap tetapi tidak pandai mempraktikkannya. Cukuplah rakyat memberi mereka peluang untuk memerintah mana-mana negeri pada PRU14 nanti. Bagi kaum Cina, Barisan Nasional adalah pilihan yang lebih baik dan tepat!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana