JANGAN BUANG MASA TONTON FILEM ‘BODOH’ ASKAR MELAYU, KATA ZAID IBRAHIM

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyeru rakyat di negara ini agar tidak menonton filem ‘Malay Regiment’ yang disifatkannya sebagai berniat jahat dan bodoh kerana memuatkan propaganda anti-DAP.

Zaid berkata filem baharu arahan Datuk Jurey Latiff Rosli dan dibintangi Datuk Ahmad Tarmimi Siregar memaparkan pengorbanan Regimen Askar Melayu itu sebagai alat propaganda Umno untuk menjatuhkan imej DAP, selain dilihat menyelitkan sentimen perkauman.

Kata beliau, filem seperti itu merupakan satu kebiasaan setiap kali menjelang sambutan kemerdekaan bagi menyuntik rasa benci terhadap parti lawan Umno, selain menyelitkan sentimen perkauman yang tebal kalangan orang Melayu.

“Saya menyeru janganlah membuang masa menonton filem ini.

“Tahun lalu filem ‘Tanda Putra’ mempamerkan unsur orang Cina yang memulakan tragedi 13 Mei 1969,” kata Zaid yang kini merupakan ahli DAP.

Tambahnya, filem tersebut dianggap menghina Askar Melayu kerana mengambarkan pasukan itu seolah-olah boleh diperbodoh dan diperalatkan oleh Umno demi kepentingan politik parti Melayu itu.

“Askar Melayu dan seluruh anggota angkatan tentera tidak berpolitik dan tanggungjawab mereka ialah kepada Malaysia, bukan kepada Umno. Jangan sekali-kali kita merendahkan maruah mereka dan mensia-siakan pengorbanan mereka,” katanya.

Menurut Zaid lagi, filem berkenaan membuktikan kebimbangan Umno terhadap kemaraan gabungan parti di bawah Pakatan Harapan yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia.

“Sebab itulah mereka cuba memecah-belahkan rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan yang berbangsa Cina. DAP sekarang ini telah diterima oleh ramai orang Melayu dan inilah sebabnya Umno dan unit propaganda mereka mahu orang Melayu benci kepada DAP.”

Beberapa adegan dalam filem tersebut dianggap jelas memaparkan propaganda anti-DAP termasuk penampilan sebuah kereta Mercedes-Benz dengan nombor plat "DAP165" yang boleh dibaca sebagai "DAPigs", jolokan menghina terhadap parti tersebut.

Malah adegan seorang lelaki Cina melihat ke arah bangunan parlimen sambil berkata dalam bahasa Cina - "Kita tidak perlu berperang. Hanya gunakan otak untuk menguasai ekonomi" juga dianggap mempunyai sentimen anti kepada partinya itu.

Bagaimanapun, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) semalam telah mengarahkan agar adegan yang dianggap menghina DAP dikeluarkan dari filem tersebut bagi mengelakan sebarang masalah.

Filem 'Malay Regiment' mengisahkan tiga cucu askar Melayu menjejaki perjuangan datuk mereka yang bakal ditayangkan di pawagam pada Hari Kemerdekaan akhir bulan ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana