JANGAN BIAR PM SEORANG SAJA LAWAN FITNAH PEMBANGKANG – ZAHID

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta rakyat khususnya ahli Umno tidak membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersendirian dalam menghadapi pelbagai tohmahan dilemparkan pembangkang.

Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno dan menggalas tugas timbalan presiden berkata usaha perdana menteri berdepan tindakan sedemikian daripada pembangkang walaupun membawa pembangunan dan kemajuan termasuk transformasi dalam pelbagai bidang memanfaatkan rakyat.

“Jangan biarkan perdana menteri kita berseorangan, kita harus bangun untuk tentukan apa yang dilakukan beliau adalah untuk kebaikan rakyat dan anggota Umno di seluruh negara,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kulim-Bandar Baharu di Dewan Seri Serdang.

Turut hadir Ketua Umno bahagian merangkap Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah serta Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abd Rahim.

Ahmad Zahid berkata memandangkan bekas pemimpin utama Umno yang menerajui serangan terhadap parti itu, semua anggota Umno perlu memastikan bekas pemimpin itu tidak lagi relevan dalam politik negara.

“Kita mesti tentukan Umno dan Barisan Nasional dipimpin oleh mereka yang ada ketika ini,” katanya. -FMT

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana