Isu penahanan 11 Orang Asli... ini jaminan UMNO Sungai Siput

UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan terus memperjuangkan nasib masa depan masyarakat Orang Asli di Perak bukannya parti pembangkang atau badan bukan kerajaan (ngo) yang menentang kerajaan.

Demikian dinyatakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sungai Siput, Datuk Zulkaply Harun kerana hal ini difahami masyarakat Orang Asli sejak sekian lama melalui program pembangunan dilaksanakan kerajaan.

Katanya masyarakat orang asli di kawasan Sungai Siput sudah lebih mengetahui bahawa selama ini UMNO dan BNlah yang telah banyak menabur bakti dan memperjuangkan nasib mereka.

``Jadi pembangkang tidak perlu bermain wayang kononnya mahu menjadi juara dengan memainkan isu penahanan 11 Orang Asli di Pos Piah, Sungai Siput baru-baru,’’ katanya kepada Agendaily selepas mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Siput di Pusat Konvensyen Sungai Siput pada Ahad.

Datuk Zulkaply seterusnya menjelaskan bahwa sebenarnya apa yang berlaku di Pos Piah itu adalah salah faham dan yang kedua penyelesaian daripada kerajaan sendiri walaupun pihak pembangkang mengambil kesempatan memainkan isu berkenaan.

``Tapi penyelesaian  melepaskan mereka daripada penahanan adalah daripada usaha kerajaan negeri dan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menyelesaikan masalah masyarakat Orang Asli.

``Dan saya telahpun berjumpa dengan 11 orang Asli terbabit dan mereka menyatakan selepas ini akan merujuk masalah mereka kepada wakil rakyat dan kerajaan bagi menyelesaikan apa juga masalah yang mereka hadapi.

``Jadi kita percaya pembangkang  tidak  boleh mengambil kesempatan dalam isu ini kerana  sebenarnya UMNO dan BN mengambil berat masalah masyarakat Orang Asli antaranya masalah tanah, rizab tanah dan saya sendiri telah membangkitnya semasa sidang Dewan Undangan Negeri,’’ katanya.

Menurut Datuk Zulkaply, kalau dilihat kerajaan sebenarnya telah membelanjakan ratusan juta ringgit untuk membawa pembangunan kepada masyarakat Orang Asli di negeri Perak.

``Tidak sepatutnya ada segelintir daripada mereka ini mengadu hal kepada pembangkang atau ngo yang menentang kerajaan kerana mereka ini tidak ada kuasa maka lebih baik mereka mengemukakan masalah mereka itu kepada wakil rakyat dan kerajaan,’’ katanya.

Baru-baru ini aktivis Orang Asli, C. Ramesh Arumugam berkata, pihak pembangkang khususnya Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak perlu menangguk di air yang keruh berhubung isu penahanan 11 Orang Asli.

Beliau mendedahkan 11orang asli dibebaskan dari tahanan sebenarnya dibantu oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Rusnah Kassim yang berusaha membantu mereka dibebaskan segera.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana