IRF PENGIMPORT TEGAR FAHAMAN PELIK KE MALAYSIA?

Dr Mun’im Sirry yang telah berkongsi beberapa pandangan yang penuh kontroversi yang dikritik ramai netizen tempatan sebagai sesat adalah salah seorang daripada puluhan penceramah-penceramah kontroversi yang pernah dibawa oleh Islamic Renaissance Front (IRF), sebuah pertubuhan yang dipimpin oleh Dr Farouk Musa.

Bergerak atas premis ‘untuk mereka-mereka yang berfikir’, pertubuhan ini juga pernah cuba membawa masuk Ulil Absar Abdalla pada tahun 2014, namun gagal apabila pihak Kementerian Dalam Negeri dengan pantas memutuskan untuk tidak membenarkan tokoh liberal Indonesia tersebut menjejakkan kakinya ke Malaysia.

Ia diputuskan setelah mendapat bantahan ramai rakyat Malaysia dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.Berbeza halnya dengan Mun’im Sirry baru saja selesai ‘jelajah’ Malaysia dengan siri-siri ceramah di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Kenyataan-kenyataan seperti “Kenapa Al Quran turun kepada Arab“, “tulis semula surah al Kafiruun” dan “Al Quran tidak relevan dan diturunkan di Mesopotamia” pernah dibuat oleh tetamu jemputan IRF tersebut di Malaysia.

IRF juga, sejak beberapa tahun ini merupakan badan penganjur yang telah membawa masuk individu-individu dengan pandangan kontroversi seperti Abdullah An Naim, Mustafa Akyol, Clive Kessler, Ebrahim Moosa, James Piscatori, Jasser Auda dan Nader Hashemi sekadar menyebut beberapa nama.Ramai pihak mempertikaikan kenapa selepas terbukti terlalu kerap membawa masuk tokoh-tokoh dengan fahaman Islam yang dipertikaikan, IRF masih belum dikenakan apa-apa bentuk tindakan oleh pihak yang diamanahkan dengan kuasa bertindak.

Beroperasi sejak 2009, Dr Farouk Musa pernah membuat pengakuan bahawa IRF turut memperjuangkan fahaman Neo Muktazilah di Malaysia.

Beliau yang pernah dijemput di dalam pertemuan bersama Presiden Obama pada 2014, turut mendapat bantuan dana dari National Endowment For Democracy Amerika bagi tujuan yang dinyatakan seperti berikut :

Promoting an Understanding of the Relationship Between Islam and Democracy To familiarize key Malaysian audiences with the philosophical foundations of democracy and human rights and their relationship with Islam. The Islamic Renaissance Front will conduct a series of forums and symposiums on democracy and Islam that provide young Malaysians with the opportunity to better understand and appreciate Islam’s relationship with the fundamental civil liberties and norms of pluralism, gender equality, citizenship rights, and good governance.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana