‘INI KALILAH’ UNDI RAKYAT AKAN KEMBALI PADA UMNO BN, KATA ARMAND AZHA

Pemuda Umno yakin ‘Ini Kalilah’ rakyat yang menyokong parti pembangkang pada dua pilihan raya umum (PRU) sebelum ini, akan kembali menyokong Umno Barisan (BN).

Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata kecelaruan dalam Pakatan Harapan (PH) akhirnya membuka mata rakyat dan atas premis itu beliau yakin, sokongan pada Umno BN akan meningkat pada PRU kali ini.

“Saya nak bagitahu pemimpin PH, ‘Ini kalilah’ mereka (rakyat) akan kembali menyokong Umno BN dan saya yakin pada PRU14 nanti Umno akan terus jadi kerajaan Pusat, mengekal kuasa.

“Dan mungkin kita akan dapat banyak lagi kerusi kerana kecelaruan dalam PH,” ujarnya ketika ditemubual secara eksklusif Antarpos baru-baru ini.

Armand berkata rakyat sudah memberikan masa kepada PH selama dua penggal menafikan majoriti dua per tiga di Parlimen serta memerintah negeri terkaya di negara, Selangor.

Dalam tempoh itu, wajah sebenar pemimpin PH semakin terserlah apabila mereka hanya sibuk berpolitik, melaksanakan keputusan populis dan paling ketara kebajikan rakyat mula diabaikan, ujar Armand.

Armand juga mengulas struktur terbaru PH, yang menyaksikan penyokong pembangkang mula bangkit dan menyatakan rasa tidak puas hati mereka.
PH sebelum ini mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi PH, manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diangkat menjadi Presiden PH. Sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua Umum PH.

“Dalam struktur politik dunia, tidak ada lagi parti politik yang ada tiga kepala. Ini satu-satu yang kita lihat percubaan pertama dalam dunia. Macam ulang lidah bercanag. Ini menunjukkan PH pun berjanji langit dan bumi ibarat lidah bercabang.

“Tun M, Anwar, Azizah sebenarnya mereka bertiga hanya sekadar boneka. Tangan ajaib di belakang merekalah yang harus kita persoalkan siapa?.

“Saya yakin ketua mereka, termasuk Tun M, dibelakang mereka adalah Lim Kit Siang,” ujar Armand lagi.

Menurut Armand lagi, Umno BN kini sudah bersedia untuk berjuang di medan pilihan raya, yang dijangka hanya akan berlangsung beberapa bulan daripada sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana