HENTI JADIKAN AHLI POLITIK LEMBAGA PENGARAH ANAK SYARIKAT SELANGOR

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali digesa agar tidak menjadikan anak-anak syarikat kerajaan negeri sebagai tempat untuk memberikan keistimewaaan tertentu kepada ahli politik dari segi jawatan, pendapatan dan sebagainya.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Mua’adzam Shah Ya’akop berkata tindakan Mohamed Azmin meletakkan ahli politik termasuk bukan dari Selangor dalam lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sehingga ditegur oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah amat dikesali.

Kata Ahmad Mua’adzam, perkara tersebut dilihat membelakangi kepentingan rakyat sehingga peranan sebenar anak-anak syarikat kerajaan negeri berubah demi mengutamakan keperluan ahli politik dan mengabaikan kebajikan rakyat seperti yang berlaku kepada PKNS.

“Kerajaan negeri yang sering mencanangkan soal kebajikan rakyat seharusnya tidak menjadikan anak syarikatnya termasuk PKNS sebagai tempat untuk mengaut keuntungan kepada ahli politik Pakatan Pembangkang.

“PKNS yang diwujudkan bertujuan menyediakan rumah mampu milik dan kos rendah kepada rakyat kini tidak lagi memenuhi matlamat asal penubuhan, sebaliknya hanya membangunkan projek perumahan kos tinggi demi mengaut keuntungan dan perkara ini jelas menafikan kebajikan rakyat di negeri ini,” katanya ketika dihubungi di Shah Alam, hari ini.

Tambahnya lagi, kerajaan Selangor yang telah dipimpin Pakatan Pembangkang selama hampir 10 tahun perlu membuktikan ketelusan dalam soal pentadbiran dengan meletakkan akyat sebagai keutamaan.

“Saya kesal dengan sikap kepimpinan Menteri Besar yang gagal menunaikan menifesto mereka pada pilihan raya umum lalu untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.

“Hakikatnya bukan kebajikan rakyat yang dijaga sebaliknya kebajikan pemimpin pembangkang sendiri termasuk bukan dari Selangor pula yang dijaga. Perkara seperti ini membuktikan wujud amalan kronisme dalam pentadbiran sedia ada.”

Ahmad Mua’adzam turut berharap agar teguran Sultan Selangor berkenaan hal tersebut tidak akan dipandang sepi oleh pentadbiran kerajaan Selangor dan tindakan segera perlu diambil oleh pentadbiran Mohamed Azmin untuk memastikan matlamat asal penubuhan anak-anak syarikat kerajaan negeri kembali ke landasan sebenar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana