Hanya 5 DUN Setiap Negeri Disasarkan PPBM Pada PRU 14?Jangan Mimpilah Nak Menang Bebbbbb

Sebaik penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) antara perkara pokok yang disasarkan oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yasin adalah misi menumbangkan dan melenyapkan UMNO dari peta politik tanahair. Sejak dari itu, pelbagai spekulasi timbul sehingga ada yang mendakwa PPBM akan menguasai sepenuhnya Pakatan Harapan pada PRU ke 14 nanti.

Melihat kepada tindak tanduk Mahathir di dalam Pakatan Harapan terutamanya jawatan terkini yang dia sandang sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, andaian ini menampakkan kebenarannya. Namun begitu, menerusi satu sumber dalaman PPBM, apa yang diandaikan itu sebenarnya tidak begitu tepat.

Di dalam hirarki Pakatan Harapan, tidak ada satu parti pun berani melangkaui kekuasaan DAP yang sememangnya diketahui sebagai tunggak utama Pakatan Harapan. Menyedari akan hakikat ini, menurut sumber berkenaan, PPBM sebenarnya menyasarkan hanya 5 kerusi Dewan Undangan Negeri di seluruh negara sebagai langkah permulaan.

Melihat pada angka ini, mungkin ianya nampak kecil. Namun, disebalik sasaran ini, apa yang ingin dinyatakan adalah, PPBM akan menggunakan dana sedia ada di mana ianya dikatakan dikawal selia oleh Mahathir sendiri bagi merealisasikan sasaran ini.

Memetik sebuah artikel yang disiarkan oleh satu portal pro pembangkang, Negara Pakatan Harapan, PPBM akan mengeluarkan modal antara RM 1 juta sehingga RM 2 juta bagi setiap DUN yang disasarkan. Andai ini berlaku, ini bermakna, sekurang-kurangnya RM 60 juta akan di sediakan bagi belanja mengurus termasuk ada kemungkinan cuba membeli undi sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke 14 sedang berlangsung.

Angka ini sebenarnya bukan mustahil kerana jika dinilai dari beberapa pendedahan yang dilakukan sebelum ini di mana kekayaan mereka yang menjadi ahli PPBM ini sudah cukup untuk merealisasikan sasaran 5 DUN setiap negeri.

Bagi kerusi Parlimen pula, menurut sumber berkenaan, masih belum ada angka sasaran buat PPBM untuk mereka tandingi kerana urusan ini melibatkan kesemua parti yang menganggotai Pakatan Harapan. Namun begitu, sumber ini menjangkakan, besar kemungkinan, PPBM akan bertanding di 15 kerusi Parlimen di mana mereka akan lebih memberi tumpuan kepada majoriti pengundi Cina berbanding Melayu.

Sasaran mereka mudah, PPBM hari ini menjalinkan kerjasama dengan DAP dan sudah semestinya jentera Pilihan Raya DAP akan memainkan peranan bagi memenangkan calon PPBM di mana sahaja mereka bertanding. Mereka sedar, dengan pengkhianatan Mahathir dan pemimpin PPBM terhadap kaum Melayu, ianya akan menyukarkan PPBM memenangi kerusi yang majoritinya adalah pengundi Melayu.

Melihat kepada sasaran PPBM ini, ianya dilihat boleh dicapai sekiranya UMNO dan Barisan Nasional masih leka dengan mimpi indah menguasai sesuatu kawasan. Mungkin juga PPBM akan menggunakan strategi PKR semasa mereka menawan Permatang Pauh sebagai salah satu strategi menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional pada PRU 14 kelak. Siapa tahukan…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana